COVID-19: 'Deep! Bersyukurlah rakyat Malaysia' - Ucapan PM Thailand dipenuhi emoji marah berbanding PM Malaysia
Sejak awal penularan wabak Covid-19 di Malaysia, kerajaan telah mengambil langkah-langkah awal bagi mengekang penularan virus tersebut sehingga mendapat perhatian dunia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri kagum dengan kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak ini. Malah beberapa negara lain turut menyuarakan pandangan yang sama, berbanding negara mereka sendiri yang dikatakan agak 'perlahan' dalam mengambil tindakan.
Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita bersyukur, jangan terlampau banyak mengeluh, merungut dan sebagainya kerana ada rakyat di negara lain yang lebih susah di waktu getir ini, seperti yang diulas oleh seorang pengguna Facebook ini.
SEMALAM saya baca di satu page berita Asia, rata-rata rakyat Singapura mendesak kerajaan mereka mencontohi kerajaan Malaysia menguruskan Covid-19.
Mereka kata, jika kerajaan Singapura tidak melaksanakan 'lockdown' seperti Malaysia, tidak mustahil bilangan kes Covid-19 akan naik mendadak di negara mereka, mengatasi Malaysia.
Saya baca beberapa komen dari rakyat Indonesia yang berkata, rakyat Malaysia beruntung dapat pemimpin yang cakna kepada rakyatnya. Dapat banyak bantuan dari kerajaan. Sedangkan di Indonesia, masing-masing perlu berusaha sendiri untuk hidup, tidak keluar bekerja bermakna tidak dapat makan.
Begitu juga di Filiphina. Semakin hari bilangan kes semakin meningkat dan semakin ramai yang mati. Rakyat terpaksa 'berperang' dengan polis demi mencari makanan.
Dan pagi ini, saya lihat gambar ini pula. Semasa Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berucap, ramai yang memberi emoji marah. Manakala semasa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap, rakyat memberi sokongan penuh kepada 'abah' kita.
MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Dengan wabak yang sedang melanda negara kita, saya tetap dapat rasakan Allah merahmati kita semua. Malaysia dapat menguruskan wabak ini dengan baik hingga diiktiraf dunia. Majoriti rakyat kita mendengar kata walaupun ada sesetengahnya degil dan menjengkelkan.
Barisan Hadapan kita sentiasa bersedia setiap masa untuk rakyat. Rakyat juga tidak jemu berganding bahu membantu mereka yang lebih susah. Para pemimpin kita juga bukan biasa-biasa, orang yang alim, berilmu agama, seorang mufti, seorang ustaz.
Saya benar-benar terasa Allah melindungi dan merahmati bumi Malaysia. Kehidupan di negara kita masih lebih baik jika ingin dibandingkan dengan negara lain. Walaupun kita selalu bergaduh antara satu sama lain, tapi bila ada manusia dari negara luar cuba memburukkan negara kita, kita anak Malaysia mampu bersatu untuk 'menyerang' mereka.
Rakyat Malaysia, bersyukurlah. Bersyukur kerana walau dalam keadaan susah sekarang ni, kita masih mampu tersenyum. Masih boleh duduk dengan keluarga dan bermain dengan anak-anak. Masih dapat makan, masih dapat minum. Masih ada pemimpin dan barisan hadapan yang menjaga kita semua.
Redha dan bersyukurlah. Wabak ini akan segera berakhir. Kita mesti menang!
Sumber: Yuhanis Azam
Post a Comment