Sajjad dakwa miliki surat mahkamah menyatakan dirinya khunsa - Agensi Travel
Agensi Albayt Travel (M) Sdn Bhd mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah dibawa keluar dari Tanah Suci susulan kontroversi lelaki itu memakai pakaian jemaah wanita ketika berada di Makkah yang viral di media sosial semalam.
"Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Sajjad (Nursajat - bukan nama sebenar) seramai 10 orang termasuk mutawwif keluar dari Makkah.
"Setakat ini sukar untuk mendapatkan kerjasama dari Sajjad, sebaliknya perbincangan lebih banyak menerusi pembantu peribadinya," kata jurucakap agensi tersebut.
Selain itu, Sajjad juga dikatakan mengaku dirinya sebagai lelaki ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah, tidak pernah memberitahu yang dirinya khunsa. Tetapi apabila tiba di Makkah, dia memberitahu kepada mutawwif yang dirinya khunsa.
"Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa, mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.
"Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa," katanya.
Dalam pada itu, Albayt Travel juga menuntut usahawan itu membuat permohonan maaf secara terbuka di atas perbuatannya itu, namun lelaki itu hanya menjawab meminta menunggu dia kembali ke Malaysia.
Dakwaan kononnya penyanyi bersama lagu 'Abang Nak Tegur' ditahan pihak berkuasa Arab Saudi juga dinafikan oleh wisma Putra.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN MUHAMMAD SAJJAD
Post a Comment