2 lelaki rogol & bunuh budak perempuan, ditembak mati oleh skuad penembak yang dipilih oleh bapa mangsa
Dua lelaki yang didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Somalia dijatuhkan hukuman tembak sampai mati secara terbuka oleh skuad penembak pada pagi semalam, yang dipilih oleh bapa mangsa.
Aisha Ilyaas Aden sebelum itu diculik di pasar, dirogol dan dicekik sehingga mati berhampiran rumahnya di Galkayo, Puntland, pada Februari tahun lalu.
Abdifatah Abdirahman Warsame dan Abdishakur Mohamed Dige menjalani hukuman itu di Bassasso, utara Somalia, selepas kedua-duanya didapati bersalah di atas pertuduhan itu.
Bapa Aisha, Ilyaas Aden berkata kepada BBC, dia telah memilih sendiri skuad penembak tersebut dan meminta mereka memaafkan dirinya melalui telefon sebelum dua perogol itu dibunuh.
Tambahnya, selepas dua lelaki itu ditembak, dia sendiri memeriksa keadaan dua lelaki itu bagi memastikan mereka benar-benar sudah tidak bernyawa.
Kes itu sebelum ini mencetuskan kemarahan penduduk di negara itu yang menuntut keadilan untuk Aisha.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment