Suami tikam, siat & potong mayat isterinya sebelum dibuang ke dalam lubang jamban


Seorang lelaki di Bandar Mexico mengaku telah membunuh, menyiat dan memotong mayat isterinya untuk dihapuskan dalam kejadian yang menggemparkan rakyat di negara itu. 

Kumpulan Hak Asasi Manusia tempatan juga mengadakan protes di jalanan selepas gambar mayat mangsa, Ingrid Escamilla Vargas, 25, dalam keadaan mengerikan disiarkan di muka depan akhbar tempatan. 

Pihak pendakwaraya pula mahu suami mangsa, Erik Francisco Robledo, 46, dikenakan hukuman berat di atas jenayah yang dilakukannya itu. 

Menurut Robledo, dia berada di bawah pengaruh dadah sebelum bertengkar dengan mangsa yang menegur tabiatnya suka meminum minuman keras.

Menurut suspek, Ingrid mengatakan dia mahu membunuhnya. Lalu Robledo mencabar Ingrid untuk berbuat demikian. Tidak melepaskan peluang itu, Ingrid cuba menikamnya Robledo sebanyak tiga kali menggunakan pisau dapur, tetapi gagal. 

Robledo terus merampas pisau itu dari tangan Ingrid dan menikam lehernya menyebabkan mangsa maut serta-merta di tempat kejadian. 




Dalam pengakuannya, Robledo malu dengan perbuatannya itu dan mahu menghapuskan mayat Ingrid dengan menyiat kulit mangsa dari bahagian muka sehingga ke lutut menggunakan pisau yang sama sebelum membuang mata dan beberapa organnya  yang lain ke dalam lubang tandas. 

Robledo kemudian menghubungi bekas isterinya dan mengakui telah membunuh Ingrid, sebelum bekas isterinya memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis. 

Bertindak di atas maklumat itu, polis menemui mayat mangsa dalam keadaan yang sangat mengerikan di kediaman pasangan itu di mana mayatnya berlumuran darah dan tidak berkulit. 

Sumber: Daily Mail

No comments