(Video) 'Bila masa kau buat kerja ni ha?!' - Maid kantoi rembat barang owner, 6 beg + 1 guni pakaian


Kepercayaan yang diberikan majikan, berakhir dengan pengkhianatan di mana pembantu rumah ini nekad membawa lari barang-barang berharga majikannya. 

Bagaimanapun, usahanya itu menemui kegagalan selepas pembantu rumah yang bernama Juli itu terkantoi di depan majikannya. 

Menurut sumber, Juli sebelum itu merancang dengan rakan-rakannya dan mahu membawa semua barangan itu lari dengan lori. 

"Rumah member, maid plan nak bawa lari barang dengan lori. Pakat dengan kawan-kawan dia. 

"Nasib baik owner sempat balik rumah. Penuh luggage disumbatnya harta benda tuan dia," katanya. 

Berdasarkan video, antara barangan yang dicuri adalah beg tangan, alat solek, duit syilling, pakaian keluarga majikannya termasuk satu-satunya baju Melayu yang digunakan oleh majikannya untuk pergi solat Jumaat. 

"Habis satu guni baju-baju. Bawa keluar semua baju-baju ni. Ni Juli nak bawa pergi ke mana semua ni? Ha? 

"Ada lori datang ambik ke apa? Juli bersepakat dengan siapa ni? Dah Juli nak bawa enam beg ni, dengan guni ni, macam mana nak bawa? 



"Baju-baju sutera habis berpuluh-puluh pasang. Apa punya kerja kau ni. MasyaAllah. Tudung-tudung semua habis semua ambik, apa nak jadi kau ni. 

"Kau ni apa kena kau ni?" soal majikannya.

"Bila masa kau buat kerja ni ha?! Panggil polis je lah, tak payah hantar. Suruh dia duduk dalam penjara tiga hari, biar dia rasa. Bodoh betul la kau ni!" tambah isteri majikan.


Difahamkan, pembantu rumah itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Sumber: Naz Nana

No comments