Kantoi curang & hantar gambar bogel kepada 4 lelaki, suami letak superglue di kemaluan isteri
Seorang lelaki bertindak meletak superglue (gam) pada kemaluan isterinya selepas mendapati wanita itu menjalinkan hubungan dengan empat lelaki lain.
Lapor media tempatan, Dennis Murno dari selatan Kenya mendapati isterinya berlaku curang berdasarkan penemuan mesej yang tidak sepatutnya di akaun media sosial mangsa.
Mangsa menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki lain ketika suaminya bekerja di luar kawasan.
Kali terakhir sebelum pergi bertugas di luar kawasan di Rwanda, Dennis sempat meletakkan gam pada kemaluan isterinya dengan superglue.
Kejadian itu menggemparkan kawasan kejiranan itu dan Dennis ditahan oleh polis sebelum mengaku berbuat demikian untuk menyelamatkan rumahtangganya.
Dennis mengakui dia turut mempunyai bukti yang isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan empat lelaki lain selepas memeriksa akaun media sosialnya.
Malah dia juga menemui gambar isterinya yang tidak berpakaian dihantar kepada salah seorang lelaki dengan mesej, "Minggu depan ada 'bunga api'."
Ekoran tindakannya itu, Dennis didakwa di mahkamah dengan dakwaan melakukan keganasan domestik. Sementara isterinya juga akan berdepan dengan dakwaan melakukan zina.
Sumber: Mirror
Post a Comment