(Video) 'Eh? Hangpa buat apa ni? Meraba belakang..' - Pasangan remaja kantoi cuba berasmara di tepi jalan Taman Palma
Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Taman Palma, Taiping, Perak yang dirakam oleh salah seorang penduduk yang ternampak aksi tidak senonoh dua remaja terbabit.
Berdasarkan video, remaja perempuan terbabit duduk di atas pangkuan teman lelakinya tanpa sebarang rasa segan dan sesekali si lelaki memeluknya dari belakang dan dipercayai cuba mengeluarkan 'burungnya'.
Seorang kanak-kanak lelaki turut berada berhampiran, dipercayai adik kepada salah seorang remaja terbabit.
Namun, perbuatan pasangan itu berjaya dihalang selepas ahli keluarga kepada perakam segera menegur perbuatan mereka.
"Eh? Hangpa buat apa ni? Meraba belakang.. Hangpa pergi balik sekarang! Perempuan duduk atas lelaki," katanya.
REAKSI NETIZEN
Cegahlah sebelum terlambat, beri didikan yang baik sementara mereka masih boleh dibentuk. Biar anak menangis, jangan ibu bapa yang menangis di kemudian hari.
Sumber: Perak Press
Post a Comment