(Video) 'Winner Winner Divorce Sooner!' - Pengantin lelaki main PUBG ketika bersanding, abaikan pasangannya


Viral di media sosial video pasangan pengantin baru bermain permainan popular PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) di masjlis persandingannya dan mengabaikan pasangan serta hadiah yang diberi oleh tetamu. 

Pengantin lelaki yang memakai kurta merah dengan kalung bunga di leher, duduk di kerusi pelamin bermain PUBG sambil diperhatikan oleh pasangannya. 

Salah seorang tetamu yang hadir ke majlis itu datang menghampirinya untuk menyerahkan hadiah, namun ditepis lelaki itu yang marah kerana menghalang pandangannya untuk bermain PUBG. 

Video itu kemudian dimuat naik di aplikasi Tik Tok dan kini viral di serata media sosial. 


No comments