Bayi 6 bulan maut dipukul bapa
Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia disyaki dipukul oleh bapanya, kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang Isnin, di Batu 3 Kampung Baroh, Jalan Santan, Kangar, mangsa yang dalam keadaan tidak bermaya dibawa ibunya (warga Thailand) ke rumah seorang lelaki di Jejawi, Arau.
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, wanita itu mendakwa anaknya dipukul suami sebelum bayi itu didapati sudah tidak bernafas dan meninggal dunia pada jam 9.30 pagi semalam.
Susulan itu, suspek berusia 44 tahun, warga tempatan, telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Difahamkan, suspek pernah mendapatkan rawatan mental di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, dibawa ke mahkamah pada pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Sumber: Kosmo
Post a Comment