'Bila nak kahwin?' - Tanya soalan klise, lelaki maut ditetak rakan sekampung


Berang ditanya soalan "bila nak kahwin", seorang lelaki berusia 52 tahun bertindak menetak kepala rakannya sebelum melarikan diri. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, suspek, Aswin, 52, menetak bahagian kiri kepala mangsa dengan sebilah parang. 

Suspek kemudian melarikan diri ke Puskesmas Ratahan, Indonesia, meninggalkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh orang kampung, namun meninggal dunia pada hari yang sama kerana kecederaan parah yang dialaminya. 

Ketua Polis, Ronny Minggu, berkata, pihaknya telah menahan suspek di kediamannya dan akan didakwa kerana membunuh.

Siasatan awal mendapati, kes itu berpunca dari mangsa yang sering bertanya soalan klise "Bila nak kahwin?" yang menyebabkan suspek tersinggung. 

Difahamkan, teman wanita suspek kini sedang mengandung. 

Sumber: Tribun Style

No comments