Pemandu Grab nyaris maut ditembak penumpang warga asing
Seorang pemandu Grab nyaris maut selepas tembakan yang dilepaskan oleh penumpangnya warga Indonesia, dari arah belakang tersasar.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang tadi di Jalan Matang, Kuching, mangsa berusia awal 30-an terselamat tetapi mengalami kecederaan di kepala akibat terkena geseran peluru daripada senapang buatan sendiri.
Difahamkan, mangsa mengambil suspek di Kuching Sentral dan ketika dalam perjalanan ke destinasinya Jentayu Strawberry Farm, suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaannya di Jalan Matang.
Mangsa yang enggan menuruti arahannya itu dipercayai berang lalu memukul kepala mangsa menggunakan tukul dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.
Mangsa bernasib baik, peluru itu hanya bergeser dengan kepalanya sahaja dan mangsa terus melarikan diri ke hutan untuk menyelamatkan dirinya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai mengesahkan kejadian itu.
Sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan dan mengambil keterangan mangsa.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan.
Polis kini sedang giat memburu suspek.
Sumber: Harian Metro, Bernama
Post a Comment