'Saya menyesal terlalu manjakan anak-anak, nak minta tolong hantar ke klinik pun anak tak endah, alasan bini tak bagi'
Hancur luluh hati seorang bapa sehingga terpaksa tinggal di rumah kebajikan orang tua, Rumah Ehsan, sejak dua bulan lepas kerana disisihkan oleh anak-anaknya sendiri.
Awang (bukan nama sebenar), 46, bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kesal dengan tiga anak lelaki dan seorang perempuan yang berubah sikap selepas dia mengalami lumpuh separuh badan setelah diserang strok sejak dua tahun lalu.
Awang (bukan nama sebenar), 46, bekas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kesal dengan tiga anak lelaki dan seorang perempuan yang berubah sikap selepas dia mengalami lumpuh separuh badan setelah diserang strok sejak dua tahun lalu.
Difahamkan, Awang berhenti berkhidmat dengan ATM selepas 10 tahun bersama Rejimen Artileri dan mengambil keputusan untuk menoreh getah di sebuah tanah rancangan Felda di Sungai Siput, Perak, bagi menyara keluarganya.
Isterinya meninggal dunia beberapa tahun lalu dan semenjak itu, kesihatan Awang juga merosot dan mengalami dan menghidap penyakit darah tinggi sebelum diserang strok yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan.
Dengan keadaannya itu, anak-anak mula berubah dan enggan begitu mengendah tentang dirinya yang sakit itu.
"Saya menyesal terlalu manjakan anak-anak, sampaikan duit hantaran kahwin RM10,000 pun saya beri. Tetapi bila minta tolong anak hantar pergi ke klinik, anak tak endahkan dengan alasan isteri tak bagi.
"Kereta, motosikal dan duit pun saya beri walaupun dulu hidup tak senang mana. Tapi bila saya lumpuh, anak-anak jadi lain," katanya memetik laporan dari Sinar Harian 23 Mei 2019.
Difahamkan, Awang pernah tinggal di rumah salah seorang anaknya sebelum dibawa ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan sakit strok. Malangnya, Awang ditinggalkan sendirian di hospital itu hampir setahun.
"Anak-anak tak jenguk pun, semua hospital buat hingga puasa dan raya tahun lepas pun mereka tak ada datang.
"April baru ini saya dibawa ke sini dan sekarang memang tak ada hati langsung atau sayang pada anak-anak. Kalau saya mati pun, tak perlu beritahu mereka kerana saya tak mahu ingat mereka lagi," katanya.
Sementara itu di media sosial, luahan kesedihan Awang mengundang pelbagai reaksi netizen.
'RUGINYA ANAK, LEBIHKAN ISTERI BERBANDING BAPA'
'TAKKAN BAU SYURGA BAGI ANAK'
'CELAKALAH ANAK-ANAK PAKCIK INI'
Post a Comment