Mabuk teruk sampai tak sedar alat sulit hampir putus dipotong


Seorang lelaki berusia 44 tahun di Hunan, China, yang dikenali sebagai Tan, berpesta sakan dengan rakannya di waktu malam di bandar Huaihua sehingga mabuk. 

Selepas sedar pada jam 5 pagi keesokan harinya, dia merasa kesakitan pada badannya dan terkejut apabila melihat kesan darah di bahagian seluarnya sebelum mendapati alat sulitnya hampir putus. 

Menurut laporan Xiaoxiang Morning Herald pada 17 Mei lalu, alat sulit Tan hampir putus dan mengalami luka teruk. Tan dan abangnya cuba mendapatkan rawatan segera di beberapa hospital, namun ditolak kecederaan Tan terlalu rumit untuk dirawat. 

Mujur Hospital Xiangya sanggup menerima kesnya dan Tan menjalani pembedahan selama tujuh jam serta doktor berjaya menyambung semula alat sulitnya. 

Doktor menjangkakan Tan akan pulih tetapi mengambil masa yang lama dan yakin alat sulitnya itu akan kembali berfungsi seperti biasa. 

Tan sehingga kini masa terkejut dan tidak mengetahui siapa yang cuba memotong alat sulitnya itu kerana dia masih trauma dan terkejut. 

No comments