Anjing salak tong sampah, rupanya ada bayi


Seorang bayi ditemui pengawal keselamatan di dalam tong sampah hari ini, setelah mendengar salakan anjing liar. 

Pengawal kselamatan yang tidak mahu dikenali itu berkata, dia sebelum itu terdengar anjing menyalak berhampiran tong sampah itu di hadapan kedai serbaneka di Jalan 4/6B, Pandan Indah, pada jam 6 pagi.

Hairan dengan kelakuan anjing itu yang kebiasaannya tidak menyalak dengan kuat terutamanya di waktu pagi, dia tergerak hati untuk memeriksa tong sampah tersebut sebelum terdengar bunyi tangisan bayi yang sangat kuat. 

"Saya terkejut melihat bayi lelaki itu yang masih hidup di dalam tong sampah berkenaan," katanya. 



Pekerja kedai serbaneka, Siti Norain Mohd Alias, kemudian menghubungi pihak berkuasa dan beberapa minit kemudian, pasukan perubatan tiba di tempat kejadian. 

"Bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan dibalut menggunakan kain berwarna biru dan dilapik menggunakan kotak. Ini adalah kejadian pertama di kawasan ini dan sangat mengejutkan saya kerana berlaku betul-betul di hadapan kedai," katanya. 

Sumber: Harian Metro

No comments