Tun Dr Mahathir gelar TMJ 'bodoh' sebab tak tahu apa yang sedang berlaku
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggelar Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai 'bodoh' sekali gus mengancam untuk menghangatkan lagi persengketaan di antara mereka berdua, lapor Free Malaysia Today.
"TMJ ni budak kecil. Dia bodoh sebab tidak tahu apakah yang sedang berlaku. Jadi, janganlah bercakap kalau tak tahu apa yang berlaku," katanya dalam temubual khas bersama media di pejabatnya hari ini.
"Saya tidak mahu komen tentang Sultan kerana jika saya cakap apa-apa, itu tidak baik. Tidak baik sebab dia sultan," katanya.
TMJ sebelum ini berkata, keluarga diraja Johor menjadi mangsa serangan peribadi dan dikritik secara tidak adil berkaitan projek Sistem Aliran Transit.
Melalui Twitter, Tunku Ismail pada Sabtu lalu menyenaraikan beberapa sumbangan Sultan Johor seperti program perumahan mampu milik, Rumah Impian Bangsa Johor, dengan tanahnya di Bandar Dato Onn di Mersing diberikan dan dibangunkan oleh Sultan Johor. TMJ juga
“Berita mengenai jasanya tidak dihebahkan,” katanya.
Terdahulu beliau mengongsi kenyataan Sultan Ibrahim yang bersedia menyerahkan sekeping tanah di Bukit Chagar kepada kerajaan tanpa kos sekiranya projek pembinaan RTS yang menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands di Singapura diteruskan serta-merta.
Hubungan antara Putrajaya dengan istana Johor tegang sejak kebelakangan ini berkaitan beberapa isu seperti ratifikasi Statut Rom, peletakan jawatan menteri besar Johor, Osman Sapian dan cadangan mengganti perdana menteri.
Sumber: Free Malaysia Today
Post a Comment