'Somi u mana? Line clear, boleh I temankan u, hihi!' - Tawar tudung free, rupanya nak menggatal dengan bini orang


Dalam dunia ini, bukan semua benda itu free atau percuma semudah itu saja. Kadang-kadang ada udang di sebalik batu dan sebagai pengguna terutamanya golongan wanita adalah dinasihatkan untuk berhati-hati. 

Terdahulu, seorang lelaki (peniaga online) menawarkan tudung percuma kepada orang ramai dengan syarat perlu memuat naik komen 'Hi' di ruangan komen status Facebooknya.

Setelah mendapat banyak respon, lelaki terbabit telah menghantar mesej kepada salah seorang wanita. Pada awalnya, wanita itu menyangka peniaga terbabit mahu memberi tudung percuma kepadanya. Tetapi, dia rupa-rupanya mahu mengambil kesempatan. 


Selepas berjaya mengumpan gambar selfie peniaga itu, suami kepada wanita itu membalas mesej tersebut. 


Semakan mendapat, Facebook tersebut masih aktif meskipun kejadian itu dipercayai berlaku pada awal tahun ini.

Sumber: Hanat Hawau

No comments