Menjelang bulan ramadan Gaza dibedil Israel, wanita hamil & anaknya berusia 14 bulan terkorban
Seorang lelaki Palestine maut dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, sehari selepas empat yang lain maut termasuk mangsa yang menyertai bantahan mingguan dengan ketegangan sekali lagi memuncak antara tentera Israel dan pejuang Gaza.
Imad Nseir, 22, terbunuh di Beit Hanoun selepas jet perang Israel menyasarkan pelbagai kawasan di Gaza pada pagi Sabtu, susulan puluhan roket dilepaskan ke selatan Israel.
Difahamkan, 90 tembakan roket dari Gaza dilancarkan ke pekan dan bandar di Israel, sehari selepas serangan dron Israel di utara kawasan itu pada awal pagi Sabtu yang mencederakan tiga orang penduduk.
Sebelum ini, enam penduduk Palestin termasuk seorang wanita hamil dan bayinya berusia 14 bulan serta dua pejuang Palestin terbunuh akibat bedilan Israel.
Jumaat lalu, dua pejuang Hamas terbunuh dalam serangan udara yang didakwa tentera Israel adalah pembalasan kerana tembakan dari Gaza yang mencederakan dua askarnya di sempadan.
Jurcakap Hamas, Abdel-Latiff al-Qanoua berkata, "Pihak penentang akan terus bertindak balas terhadap jenayah dilaksanakan penjajah dan tidak akan membenarkan pertumpahan darah orang Palestin."
Sementara itu, tentera Israel mendakwa mereka telah membunuh pemerintah tentera Hamas dalam serangan 'tepat' di Semenanjung Gaza semalam.
Menurut saksi Palestin, mangsa, Hamed Ahmed Abed Khudri, terbunuh akibat serangan udara yang disasarkan pada kenderaan yang dinaiki mangsa.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment