Kalah main game, bapa tumbuk anak sehingga mati


Berang tewas dalam permainan video, seorang lelaki tergamak menumbuk anak lelakinya yang baru berusia sebulan sehingga meninggal dunia. 

Anthony Trice, 26, dilaporkan menghempas joystick sebelum memukul mangsa, De'Anthony Trice, di kediamannya di Louisville, Kentucky, Jumaat lalu. 

Trice didakwa menampar mangsa sehingga mengalami kecederaan dan dibawa ke dapur sementara dia membuat susu. Selain itu, Trice juga dikatakan sengaja menjatuhkan mangsa ke lantai. 

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Trice sengaja berbuat demikian atau sebaliknya. 

Mangsa kemudian dibawa ke bilik tidur dan disandarkan.

Trice pergi ke bilik air dan apabila kembali ke bilik, dia mendapati anaknya dalam keadaan membimbangkan lalu segera menghubungi talian kecemasan 911. 

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Norton, dan dilaporkan meninggal dunia pada Ahad lalu. 

Trice didakwa di mahkamah atas tuduhan mendera dan membunuh anaknya sehingga mati. - Metro.co.uk

No comments