'Ini bukan smart meter, ini nak lingkupkan rakyat' - Terkejut kena bayar bil elektrik RM1,799
Pada November tahun lalu, hampir 80,000 kediaman di Melaka telah dipasang dengan meter pintar dan secara tidak langsung menjadikan mereka kumpulan pertama rakyat di negara ini dikategorikan sebagai pengguna pintar.
Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh TNB, kelebihan pemasangan meter pintar ini adalah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isi rumah.
Tetapi, perkara ini dinyatakan sebaliknya. Seorang pengguna mendakwa dia terpaksa menanggung bebanan bil elektrik sehingga mencecah RM 1,799.90 walaupun bil tunggakan pada bulan sebelumnya telah dibayar. Aduan telah dibuat, tetapi sehingga kini tiada perubahan yang berlaku. Dia juga menyatakan masalah ini bukan sahaja ditanggung olehnya, beberapa orang lagi pengguna terkena nasib yang sama.
PEMASANGAN Smart Meter TNB ini bukan smart, ini nak lingkupkan rakyat. Aduan telah dibuat. Tapi tak guna aduan itu, dia (TNB) tetap suruh bayar.
Bil sebelum ini semua telah dibayar kecuali bulan Mac 2019 dan April 2019 sahaja. Sebelum ini bil rumah kami RM200 ke bawah. Tapi kali ini terus naik RM 1,799.90. Ini bukan nk tolong rakyat. Tapi nak lingkupkan.
Pada 16 April 2019, ayah saya telah buat aduan Di TNB Melaka. Pegawai di situ beritahu akan hantar orang dia untuk check meter. Keesokan harinya, pekerja TNB datang dan beritahu meter semua betul, sebelum ini mereka tak nampak nombor yang jelas, so tak dapat baca dengan jelas.
Aik logik dek akal ke macam tu? Itu kesalahan kau sebab bos kau suruh kau cakap macam tu. Sebab itulah bila pergi TNB, jawapannya sama. Alahai
Pada 18 April 2019, kami pergi lagi sekali berjumpa dengan pegawai dia. Tetapi jawapan dia senang sahaja, itu anggaran. Anggaran dari sebelum ini bil tertunggak-tunggak. Bil cuma tertunggak bulan Mac sahaja. Tapi bil bulan Mac dia hantar kepada kami RM137.90. Tak puas hati lagi jawapannya tetap sama, anggaran bil sebelum ini salah jadi dia hantar kepada kami bil terbaru ni.
Sekarang dia baru buat penyelarasan. Logik ke?? Rupanya bukan saya saja yang kena macam ni. Dah ramai rupanya. Tadi masa pergi buat aduan saya sendiri terserempak 3 orang yang nak buat aduan sama. Itu yang nampak, tapi yang tak nampak dah berapa ramai.
Haraplah Kerajaan Melaka ini tukar balik kepada meter biasa. Supaya tak menyusahkan rakyat!
Sumber: Norshakilaatika Hashim
Post a Comment