Bayi 8 bulan maut digilis treler selepas 'walkernya' meluncur ke tengah jalan
Seorang bayi yang baru berusia lapan bulan maut digilis sebuah treler apabila walker yang dinaikinya meluncur ke tengah jalan.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Soi Suksawat 84, Thailand.
Difahamkan, keadaan struktur jalan yang bercerun menyebabkan walker bayi itu meluncur laju ke tengah jalan dan menyebabkan pemandu treler tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar dan menggilis mangsa.
Kejadian malang ini juga mengejutkan orang ramai yang berada di tempat kejadian. Jeritan orang ramai juga menyebabkan ibu bapa bayi malang itu segera membawa masuk anaknya ke dalam rumah.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Sebelum kejadian itu, ibu mangsa dipercayai membiarkan anaknya bertatih berjalan menggunakan walker tersebut .
Sumber: Line Today
Post a Comment