Bapa simbah anak dengan air panas kerana tuntut wang insurans ibunya, RM30,000
Seorang penjual udang berusia 66 tahun ditahan polis kerana didakwa menyimbah anak lelakinya dengan air panas ketika berlaku pertengkaran di antara mereka berhubung pembayaran insurans.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang Rabu di sebuah pangsapuri di Bukit Gelugor, mangsa berusia 35 tahun menuntut bahagiannya sebanyak RM30,000 daripada pelan insurans dan simpanan ibunya yang meninggal dunia pada 2005.
Namun, bapa terbabit enggan berbuat demikian dan menyimbah magnsa dengan air panas dari termos.
Tindakannya itu menyebabkan mangsa mengalami luak melecur di leher dan dada dan mangsa terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang, sebelum membuat laporan polis terhadap bapanya sendiri.
Menurut mangsa, sebelum ibunya meninggal dunia, mendiang ada membeli pelan insurans dan simpanan untuk keluarga termasuk adik-beradiknya. Tetapi dia mendakwa bapanya membahagikan wang itu kepada adik beradiknya tetapi enggan memberi bahagiannya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut berkata, lelaki warga emas itu mengaku mencederakan anaknya dan dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Sumber: Free Malaysia Today
Post a Comment