(Video) 'Saya mohon maaf, hanya meluah perasaan kecewa & melawak dengan ton suara yang tak boleh diterima' - Usahawan crepe akui kesilapan
Semalam, tular video seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kakitangan pasar raya Lotus yang didakwa tidak membantunya mengangkat barang masuk ke dalam kenderaan selepas berbelanja RM5,000 di pasar raya itu.
Dalam video itu, usahawan berkenaan yang dikenali sebagai Kieda juga mendakwa kakitangan Lotus berlagak dan disebabkan itu dia tidak akan menjejakkan kakinya ke pasar raya itu lagi.
Bagaimanapun, video itu mengundang banyak kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan kata-katanya yang dianggap keterlaluan.
Menyedari video itu tular dan dikecam ramai, Kieda akhirnya tampil memohon maaf dan menjelaskan dia hanya sekadar melawak dalam video tersebut.
"Mengaku khilaf Kieda sebab melawak dengan ton suara yang semua tak boleh terima. Mengaku silap Kieda minta tolong yang ada di sekeliling pada waktu itu. Salah Kieda sebab tak bawa ramai staff.
"Dengan rendah diri, Kieda menyusun 10 jari untuk memohon ampun dan maaf atas video sekerat itu yang telah ditularkan.
"Saya mengaku salah saya sendiri sebab saya ketika itu terlalu kecewa dan meluahkan perasaan kecewa saya sebagai pelanggan. Dan salah saya juga sebab saya minta tolong kakitangan Lotus untuk membawa 10 troli ke depan pintu utama, di mana van kami diparkirkan di situ," katanya.
Dalam pada itu, Kieda menjelaskan sebelum ini dia selalu ke pasar raya Lotus dan dibantu oleh tiga kakitangan Lotus termasuk seorang pekerja warga asing tanpa bayaran.
Namun pada hari kejadian, tiga kakitangan berkenaan tiada dan Kieda kemudian meminta bantuan daripada kakitangan lain. Tetapi mereka tidak dapat membantu atas sebab-sebab tertentu.
Disebabkan itu, Kieda bersama dua lagi kakitangannya terpaksa menolak 10 troli itu sendiri.
@kiedacrepe Kieda minta maaf yaa semua 🫶🏻
♬ Selawat Nabi Muhammad Saw - N.I.A
Kieda turut mengaku ada beberapa kenalannya turut 'menyertai' netizen mengecamnya secara terbuka dan akibatnya, dia terpaksa menyekat akaun-akaun kenalannya.
"Untuk kawan-kawan yang tiada masalah dengan saya dan tiba-tiba ada masalah dengan saya, Alhamdulillah Allah tunjukkan jalan kepada saya untuk unfriend, block mereka sebab saya memang suka block orang. Betul saya mengaku suka block orang sebab saya tak suka simpan orang-orang toksik di keliling saya," katanya.
Video tular itu turut mendapat perhatian pihak pasar raya Lotus yang kemudian memohon maaf kepada Kieda di atas kesilapan kakitangannya.
"Kami di Lotus memohon maaf atas kesilapan staff kami," kata pengendali akaun TikTok Lotus Malaysia.
Dalam satu video lain, Kieda menjelaskan kakitangan kedainya tidak dibayar gaji untuk mengangkat barang pelanggan.
"Team pekerja Kieda pun tak dibayar gaji untuk angkat barang tetamu kami. Tapi kami tau tak susah pun tolong orang. Tak boleh tolong dengan duit, kita tolong dengan tenaga. Ikhlaskanlah setiap pekerjaan Mu wahai kawan-kawan yang sedang mencari rezeki," katanya.
@kiedacrepe Berat bahu belah kanan harini. Walaupun Kedai kecik tapi keberkatan yang dicari😘🫶🏻
♬ Neko Funjatta by Murakata Nonoka - Gray is the new pink
Sumber: TikTok Kieda Crepe, Twitter, Oh My Media
Post a Comment