Stesen TV & Influencer TikTok sebar fitnah 800,000 penjawat awam akan dibuang kerja, Menteri Komunikasi tampil nafi fitnah tak berasas
November 2022, saluran TV Awesome melalui program Berita 7.57 telah mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman yang menggesa pengundi Melayu keluar mengundi pada PRU15 bagi mengelakkan kuasa politik jatuh ke tangan bukan Melayu.
Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan yang dikenakan terhadap penyebaran berita bersifat perkauman itu.
1mil views on Tik Tok!!
— JOKER🔺️ (@BadBoy2662) February 17, 2023
Fitnah bahawa 800ribu penjawat awam bakal dibuang. Ayat menghasut dibuat dalam bentuk soalan konon boleh lepas dari tindakan.
Benteranova2 + Ezzul Harris.
You have been marked.
Gudlak. 😎 pic.twitter.com/Z5XX9cSWM7
800,000 PENJAWAT AWAM PERLU DIKURANGKAN?
Terbaru, saluran yang sama sekali lagi menyiarkan laporan kononnya bilangan penjawat awam seramai 1.6 juta perlu dikurangkan kepada 800,000 bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
Berita 7.57 yang mengutip pandangan daripada seorang pemerhati yang tidak dinamakan berkata, peruntukan bayaran gaji penjawat awam sebanyak RM100 bilion dianggap membebankan kerajaan dan jumlah itu sewajarnya digunakan untuk membantu kebajikan rakyat.
Selain itu katanya, kerajaan perlu berhenti memberi imbuhan tambahan kepada penjawat awam setiap tahun tanpa mengambil kira mutu perkhidmatan mereka.
Ini termasuk gaji penjawat awam hanya boleh dinaikan sekiranya kerajaan mengurangkan jumlah penjawat awam kepada 800,000 dari 1.6 juta.
INFLUENCER TIKTOK SEBAR BERITA PALSU
Penyiaran berita itu mengundang rasa tidak puas hati orang ramai khususnya penjawat awam kerana cadangan itu bukan sahaja tidak masuk akal, malah hanya akan mengundang masalah yang lebih besar.
Lebih teruk lagi, video pelaporan berita itu telah disalah tafsir dan disunting semula oleh beberapa pengguna TikTok yang tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan persepsi negatif kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh kerajaan bagi mencetus kebimbangan atau kemarahan di kalangan penjawat awam.
MENTERI KOMUNIKASI NAFI 800,000 PENJAWAT AWAM AKAN DIBUANG
Cubaan menghasut itu diselar oleh netizen yang kemudian meminta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengambil tindakan segera untuk membendung video tersebut dari terus disebarkan dengan niat jahat.
Berita 757 oleh Awesome TV siarkan kononnya ada cadangan dari "pemerhati" untuk kurangkan bilangan penjawat awam.
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) February 17, 2023
Kerajaan nafi sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan penjawat awam akan dikurangkan.
Semalam, Fahmi telah mengeluarkan kenyataan penafiaan berhubung perkara itu. Fahmi turut menuntut pihak TV Awesome untuk memberi penjelasan mengenai penyiaran berita itu yang dianggap mengarut.
"Berita 7.57 oleh Awesome TV siarkan kononnya ada cadangan dari 'pemerhati' untuk kurangkan bilanga penjawat awam. Kerajaan nafi sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan penjawat awam akan dikurangkan.
"Kerajaan tidak pernah ada sebarang pelan atau perbincangan ke arah itu dan kerajaan sentiasa menghargai kerjasama penjawat awam selama ini.
"Oleh itu, saya meminta Berita 7.57 untuk memberi penjelasan tentang idea dan cadangan mengarut ini," katanya menerusi ciapan di Twitter semalam.
TEAM MEDIA FAHMI FADZIL LAMBAT TANGANI INFO/BERITA PALSU, PENYEBAR FITNAH MASIH BERLELUASA
Dalam pada itu, netizen mendesak Fahmi mengambil tindakan tegas terhadap pihak TV Awesome yang didakwa telah banyak kali menyiarkan berita berdasarkan pendapat editorial berbanding berita sebenar.
Selain itu, netizen turut megkritik kelemahan Fahmi dan kementeriannya yang dikatakan lambat dalam usaha menangani berita palsu seperti ini sehingga menyebabkan orang ramai mudah terpengaruh dengan penyebaran info palsu.
Paling dikesalkan, penyebar info-info palsu terbabit langsung tidak dikenakan tindakan dan masih bebas menyalahgunakan media sosial untuk merosakkan pemikiran masyarakat khususnya golongan belia.
Sumber: Twitter Joker, Fahmi Fadzil
Post a Comment