(Video) 'Jangan kurang ajar! Ajar bini kau!' - Sekumpulan lelaki belasah Rider Food Panda



Tular di media sosial video pergaduhan di antara seorang penghantar makanan Food Panda dengan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati dengannya.


Berdasarkan video berdurasi satu minit itu menunjukkan, Rider Food Panda (FP) ditegur oleh seorang lelaki botak yang memintanya mengajar isterinya terlebih dahulu. 


"Jangan kurang ajar! Ajar bini kau! Faham tak?! Ajar bini kau! Kau tahu tak, kita nak settle. Apa lagi masalah?" katanya sebelum ditumbuk oleh Rider FP yang dipercayai bengang dengan tindakan provokasinya itu. 


Akibatnya, kenalan atau ahli keluarga abang botak berkenaan terus segera membalas tumbukkan itu dengan menerajang Rider FP sehingga jatuh. Di kesempatan itu, mereka membelasah Rider FP bagaikan tiada hari esok. 


Terkejut dengan apa yang berlaku, isteri kepada Rider FP segera meminta mereka berhenti menyerang suaminya tetapi rayuannya langsung tidak diendahkan. 


Biarpun wanita itu telah memeluk suaminya daripada terus dipukul, sekumpulan lelaki itu berterusan menumbuk dan menyepak Rider FP. 



Tidak diketahui punca sebenar kejadian, namun netizen berpendapat tindakan sekumpulan lelaki itu membelasah Rider FP yang berseorangan, tidak ubah seperti pondan yang hanya berani ke depan apabila beramai-ramai. 


Bukan itu sahaja, netizen turut menyelar mereka yang bukannya mahu membantu meleraikan pergaduhan itu, sebaliknya mengeruhkan lagi keadaan. 


"This is what I'm talking about, terpaling 'adab, mana adab?'. Lepas tu kau orang pun bodoh pergi pukul dia beramai-ramai. Ada yang pondan siap join pukul, pastu lari dan sengih," kata Abudi Alsagoff. 


"Kalau nak diikutkan video, pakcik (botak) itu macam provok. Abg FP dah baran sampai dia bagi sedas. Dan-dan semua balun dia ramai-ramai. Tak gentle lah semua nak gaduh. Boleh je cakap baik-baik. Kita manusia, bukan babi," kata Aieman. 


"Baju kelabu tu pondan giler. Nampak tak puas hati sebab satu das je tak jadi apa. Tu yang tak habis-habis nak pijak tu. Melayu ni konsep dia berani berjemaah je. Bila seorang menikus, bab kata pepatah Melayu bila ramai dia buat kenduri. Bila seorang, dia tidur," kata Notak. 


Menurut undang-undang, mereka yang terlibat dalam pergaduhan boleh didakwa mengikut Seksyen 321 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

No comments