'Dia sampai minta saya buka baju' - Lelaki menyamar jadi Lactation Counselor minta ibu hantar video/gambar pam susu
Ibu-ibu yang baru bersalin pastinya sudah mengalami dilema untuk memberikan penyusuan untuk bayi mereka. Ada yang memilih untuk menyusukan anak sehingga berusia dua tahun. Tetapi ada juga yang terpaksa memberikan susu formula kerana faktor kerjaya dan juga kekurangan penghasilan susu badan. Kekurangan penghasilan susu kadangkala membuatkan si ibu mudah tertekan.
Apabila situasi ini berlaku, ada segelintir ibu mula mengambil khidmat Lactation Counselor (LC) untuk membantu menangani masalah tersebut. Namun begitu, ada pula yang mendakwa LC cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Baru-baru ini tular satu perkongsian di Twitter oleh seorang Pakar Laktasi, mengenai dua orang pengadu mengejutkan yang netizen. Indvidu yang disangkakan LC berdaftar, rupa-rupanya adalah penyamar.
Pada mulanya perbualan mesej di antara pengadu dan LC seperti biasa. Pengadu menceritakan masalah yang dihadapinya dan LC memberikan penerangan mengenai perkara asas tentang pengeluaran susu.
Tidak lama kemudian, LC yang dikenali sebagai Husna itu mula meminta video dari pengadu untuk melihat cara pengadu memerah susu menggunakan tangan.
Lebih mengejutkan, LC berkenaan turut meminta pengadu membuka baju dan menunjukkan kedua-dua payudaranya dengan alasan mahu melihat sama ada payudaranya itu masih berupaya mengeluarkan susu atau tidak. Tetapi, pengadu menolak untuk berbuat demikian kerana sedang berada di tempat kerja.
Dalam satu kes berasingan, LC yang berselindung di sebalik nama Atikah pula meminta pengadu kedua membuat panggilan video ketika sedang mengepam susu. Pengadu bagaimanapun memberi alasan tidak selesa berbuat demikian. Untuk menyakinkan pengadu, LC terbabit sanggup berbohong dengan mengatakan dirinya adalah seorang OKU.
Sementara itu, netizen berpendapat mana-mana ibu yang ingin mendapatkan perkhidmatan LC perlu mengkaji terlebih dahulu mengenai perkhidmatan tersebut. Tidak kurang juga yang berpendapat, rakaman video atau gambar penyusuan tidak perlu dibuat dan dihantar kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalahgunakan bagi tujuan yang tidak baik.
Sumber: Nadmasrom
Post a Comment