(Video) 'Kurang ajar si*l, perempuan pulak tu.. kalau depan-depan memang aku sepak dia' - Ali Puteh berang diprovok ketika sesi live di TikTok



Kontroversi yang membabitkan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali, baru sahaja reda tetapi masih ada netizen yang menyerang selebriti itu secara terbuka di media sosial. 


Ali yang membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini meluahkan rasa geram dan bengangnya terhadap seorang wanita yang membabitkan bapanya dalam isu yang sedang hangat diperkatakan itu. 


"Engkau ni seorang lagi! Engkau ni seorang lagi! Kau ada masalah apa sial dengan aku?! Kau nak live kau tunjuk baran kau? Saya live tadi, saya tak baran pun, bangsat! 


"Marah tak apa bang, jangan koyak? Bukan masalah koyak, awak cakap bapak saya tu. Macam tak biasa kena ejek nama bapak? Eh kau ingat ini zaman sekolah dulu ke? Kau tau bapak orang ada ke, tak ada ke? 


"Kurang ajar sial, perempuan pulak tu. Fuh kalau depan-depan memang aku sepak dia. Perempuan tak perempuan," katanya. 


@akubukanfavourite_ die mmg salah tp jgn smpai main makpak,makpak die mgkin xsuke dgn ape yg die buat..so netizen pun nk ke cam,ke cam die je da la..pape pun moga kak dayah dan anak nye akan dpt hak yg sepatutnya scepat mgkin..🙂#aliputihmengamuklive ♬ bunyi asal - ❤️Fa-Hana Yusof ☝️


Sementara itu di ruangan komen, netizen turut membidas tindakan segelintir netizen yang memuat naik komen sehingga membabitkan orang tua Ali. 


"MasyaAllah, janganlah macam tu. Janganlah kita marah sampai menghina seseorang. Semoga yang baik-baik saja untuk kedua-dua belah pihak," kata Siseija76. 


"Itu la.. mak bapak jangan dimain. Mak bapak dia juga adalah mak bapak kepada arwah abam juga," kata Catherine Paul. 


"Netizen ni kadang-kadang melampau. Memang ramai yang benci dia, tetapi jangan membabitkan mak bapak. Kalau aku pun marah," kata ROckeryoss.


Semalam, Ali menegaskan dia akan membuat laporan polis selepas menerima mesej yang keterlaluan dari individu tidak dikenali yang didakwa menghina arwah ibu dan isterinya.


"Sedih saya, sampai begini makian orang pada arwah mak saya dan isteri saya," katanya. 


Baca: 'Sampai begini makian orang pada arwah mak dan isteri saya' - Ali Puteh akan buat laporan polis


Sumber: TikTok Aku Bukan Favourite

No comments