(Video) 'Diorang rembat semua tumbler Starbucks, pastu jual balik dengan harga mahal' - Netizen bengang dengan PS



Baru-baru ini, Starbucks mengadakan jualan gudang bermula 29 September hingga 2 Oktober di Starling Mall, Petaling Jaya, di mana orang ramai boleh menikmati diskaun sehingga 80 peratus.


Tetapi, ada netizen yang mendakwa semua tumbler (bekas minuman) yang menarik telah dirembat oleh Personal Shopper (PS), walaupun mereka telah beratur seawal jam 9 pagi. 


"Yang dah plan nak pergi Warehouse Sale Starbucks dekat Starling Mall, lupakan jelah. Tumbler yang lawa-lawa semua PS dah kebas. Pukul 9 pagi beratur, pukul 10.30 pagi banyak yang dah licin," kata @TikTokPengguna. 



Berdasarkan video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @littlewan_, kedengaran sekumpulan individu memarahi PS yang mementingkan diri tanpa memikirkan orang lain yang turut hadir untuk mendapatkan tumbler tersebut. 


Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan-tindakan PS yang dikatakan tidak mengambil kira pelanggan lain yang turut beratur dan menunggu lama. 


"SELFISH TAHAP TERUK!"


"Aku harap wanita yang membeli ni (dalam video) tak laku. Selfish tahap teruk ni. Nak meniaga boleh, tapi jangan guna cara macam ni. Orang lain pun nak rasa beli murah. Kau dah angkut semua, jual mahal," kata Nakad.


"Nak hapuskan golongan ini, senang je. Jangan beli dengan diorang. Tengok boleh, beli jangan. Cukup masa, lenyap. Yes, this scalper ke, PS ke, is f*cking annoying ya," kata Hilmie. 


"Ye diorang ni mai awal rembat semua tumbler and cup yang elok-elok. Pastu jual balik harga mark up kemain. Contohnya ni I jumpa dalam satu group PS Telegram. Cup ini RM15 je kat sana (warehouse sale). Dia (PS) jual up 50 peratus walaupun harga asal cup ini RM25 je," kata Cendana. 



"INI BUKAN PS, INI SCALPER" 


Namun, ada juga yang menyangkal wanita dalam video tular itu adalah PS, sedangkan PS yang sebenar hanya membuat pembelian berdasarkan pesanan pelanggan.


"Ini bukan PS. PS beli apa yang client order sahaja. Ini scalper, beli borong dan jual semula dengan harga lagi mahal. Tak salah dari segi urusniaga, tapi ethically wrong la beli tak ingat orang belakang. Kesimpulannya, jangan beli dari diorang ni. Tak laku nanti, pandailah dia lelong," kata Fiedo. 


"(Wanita dalam video ini) lebih kepada scalper berbanding PS. Mereka ni akan rembat everything and then jual dengan harga mahal di Shopee, Lazada dan sebagainya," kata Maryam. 


"HADKAN PEMBELIAN SETIAP INDIVIDU"


Dalam pada itu, netizen menggesa pihak Starbucks mengenakan had pembelian bagi setiap individu agar orang lain yang turut berkesempatan membeli merchandise tersebut. 


"Starbucks patut limitkan pembelian bagi setiap seorang individu. Kesian orang lain terpaksa beli dengan harga mark up selepas PS jual balik dengan harga caj tambahan," kata Alya.

No comments