(Video) 'Apa nak jadi dengan Pantai Cenang, Langkawi? Lengang takde orang'



Tiga hari lalu, tular di media sosial seorang TikToker mendakwa Pantai Cenang, Langkawi kelihatan lengang dari kebiasaannya.


Menurut TikToker Khair berkata, video itu dirakamnya pada malam Sabtu lalu yang kebiasaannya menerima banyak kehadiran pelancong luar atau dalam. Tetapi pada malam itu, keadaannya ternyata berbeza. 


"Apa jadi dengan Pantai Cenang hari ini, hari Sabtu. Lengang wei, tak ada orang. Ha, ada la orang, bukan tak ada tapi haa (tak ramai). 


"Apa jadi dengan Pantai Cenang? Semua pakat pergi Thailand ke? Langkawi, Sabtu.. malam Ahad. Kosong... kosong... kosong wei! Tak ada orang," katanya. 


@khair.review Pantai Cenang dh jadi Pantai Lengang? #fyp #Langkawi #PantaiCenang ♬ original sound - Khair Aljufri


Berbeza pula dengan laporan Kosmo Online di mana Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Nasaruddin Abdul Muttalib menafikan dakwaan Pulau Langkawi tidak lagi menjadi tumpuan percutian. 


Beliau berkata, pada bulan sebelumnya, data menunjukkan seramai 208,069 pelancong yang telah masuk ke pulau itu. dan jumlah bagi tempoh Januari hingga September pula mencatatkan 1.8 juga pengunjung. 


Angka-angka itu membuktikan bahawa kehadiran pelancong ke Pulau Langkawi tidak pernah berkurangan seperti yang didakwa. 


Sementara itu di media sosial, netizen memberi respon terhadap video TikTok yang tular itu dan mendakwa punca Langkawi lengang disebabkan kos percutian ke pulau itu terlalu mahal. 


"Siapa nak datang kalau hotel dan makanan segalanya mahal nak mamp**. Hotel-hotel level rumah tumpangan pun sampai RM500 untuk tiga hari dua malam. Baik orang travel pergi ke tempat lain. 


"Masa Langkawi travel bubble punyalah murah depa bagi. Bila orang dah ramai, dok charge harga tak masuk akal," kata Erry. 


"Better pergi Thailand dari Langkawi sebab sana lagi murah. Hotel untuk lima hari empat malam baru RM500 untuk 3-4 bintang dan RM700 untuk 5 bintang. Makanan di sana pun harganya lebih berpatutan. Malaysia ni terlalu over semuanya. Overated, overclaim, overprice dan overconfident,"kata Soldadu. 


"Masalah kekerapan feri, parking kereta kat Jeti Kuala Kedah pun dah mahal, RM25 sehari, bukan semalaman. Tiga hari dah RM75. Hotel dua bintang pun dah RM150 semalam untuk kawasan Pantai Cenang," kata PokPih. 


"Selalu buat drama macam ni. Masa Covid, ada juga up story sedih. Lepas tu kencing harga kat customer kaw-kaw. Sekarang dah jadi macam ni, buat lagi cerita sedih. Orang dah bosan la. Nak pergi haji balik hari ke dengan sewa kereta RM100-RM250 sehari tu?" kata Blush. 


Reaksi netizen di Twitter


Walaupun begitu, ada netizen yang merupakan penduduk di kepulauan itu meminta orang ramai tidak mengecam pusat pelancongan berkenaan. 


"Guys, memang ada hotel yang mahal dan ada je yang murah. Kena pandai survey, tak boleh nak bandingkan Langkawi dengan Thailand sebab memang mata wang diorang rendah. Setiap negara offer diaorang punya tourism sendiri. Langkawi banyak nature yang boleh explore, tak semua kena bayar. 


"Sebagai seseorang yang baru duduk di Langkawi, yang dah suka dengan nature di sini, rasa tak bestlah Langkawi kena kecam macam ni. You guys kalau pilih kawasan Cenang memang mahal sebab situ tourism spot. Duduklah di kawasan kampung tapi yang view bendang mahal juga. So banyak-banyaklah survey," kata Farah.


Sumber: Twitter ErryZach, Kosmo Online, TikTok Khair Review

No comments