Staff Cleaner tuntut diserap masuk dalam JPA & tuntut manfaat seperti kakitangan awam

Hiasan | Foto Berita Harian Singapura


Wakil Kesatuan Pekerja Pembersihan, Chong Yee Shan, meminta Putrajaya mempertimbangkan cadangan agar golongan pekerja pembersihan diserap masuk ke dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memastikan kebajikan mereka lebih terjamin


Ini kerana, dasar penswastaaan perkhidmatan sokongan pembersihan yang diamalkan pada masa ini menyebabkan ramai pekerja di sektor itu ditindas, termasuk tidak menikmati gaji minimum RM1,500, tiada manfaat seperti perubatan dan cuti tahunan


Menurut Chong, tanggapan kerajaan bahawa penswastaan boleh meningkatkan kecekapan hanya indah khabar dari rupa kerana wujud eksploitasi dengan dasar itu yang hanya menguntungkan syarikat, bukan pekerja.


Sekiranya Putrajaya bersetuju menerima cadangan itu, secara tidak langsung langkah itu membolehkan kerajaan menghentikan ketirisan disebabkan terdapat syarikat konsesi utama 'menjual' kontrak pembersihan kepada kontraktor lain bagi mendapatkan keuntungan segera. 


"Syarikat kedua sub pula jual kepada kontraktor kecil. Jadi, ada tiga lapisan duit itu dipotong. Peringkat keempat barulah sampai ke poket pekerja," katanya. 


Wakil Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan, M Sivaranjani pula berpendapat, pekerja pembersihan di premis kerajaan perlu mendapat layanan sama rata sama seperti kakitangan awam kerana kumpulan itu adalah perkhidmatan asas


"Kerja-kerja seperti pengawal keselamatan, pembersihan bukan bermusim tetapi bersifat tetap. Mereka diperlukan sepanjang tempoh premis kerajaan wujud. 


"Apa keperluan untuk kerajaan menyumber luar perkhidmatan yang sangat asas, sangat diperlukan ini kepada kontraktor swasta. Hari ini kita lihat pelbagai masalah apabila sistem kontrak yang dicipta oleh kerajaan itu sendiri menindas pekerja bawahan," katanya. 


Laporan penuh di Free Malaysia Today

No comments