Johnny Depp dijangka akan 'kembali' ke Pirates of the Carribean dengan perjanjian $300 juta dari Disney



Bintang Hollywood, Johnny Depp dilaporkan akan 'kembali' semula ke filem Pirates of the Caribbean (POTC) selepas digugurkan dari francais itu pada 2018. 


Sumber memberitahu, Depp, 59, peneraju utama dalam filem POTC sejak 15 tahun lalu dikatakan telah berbincang dengan pihak Disney mengenai 'perjanjian $300 juta' selepas memenangi perbicaraan saman fitnahnya terhadap bekas isteri, Amber Heard. 


Sumber yang sama berkata, pihak Disney berminat untuk memperbaiki hubungan dengan Depp dan baru-baru ini ada menghubungi pelakon berkenaan. 


"Mereka menghubungi pelakon itu sebelum perbicaraan fitnahnya terhadap Amber Herad dan bertanya sama ada dia berminat untuk kembali berlakon untuk satu atau dua filem POTC," katanya. 


Tambahnya, Disney sedang giat menjayakan satu lagi projek untuk Disney Plus dengan membawa Johnny Depp kembali sebagai Jack Sparrow dalam POTC 6 dan siri Disney Plus spin-off mengenai kehidupan awal Kapten The Black Pearl. 


"Apa yang saya boleh beritahu ialah, studio telah menyiapkan draft untuk filem mengenai Jack Sparrow dan mereka (Disney) sangat berharap Johnny akan memaafkan mereka dan kembali memegang watak utama itu," katanya. 


Disney juga dilaporkan sedang berusaha menjayakan 'perjanjian $300 juta' itu untuk memujuk Depp kembali, malah menambah 'dana tambahan' untuk didermakan kepada badan amal yang dipilih oleh Depp sebagai tanda berdamai. 


Sebelum ini, Depp dalam perbicaraan saman fitnahnya terhadap Amber Heard berkata, dia rugi gaji $22 juta selepas Heard mengeluarkan kenyataan di Washington Post pada 2018 mendakwa dia sebagai pendera rumah tangga. 


Disebabkan fitnah itu, dia berasa seolah-olah dia bersalah sehingga terbukti tidak bersalah oleh pihak eksekutif Disney. 


Dalam perbicaraan saman fitnah Depp terhadap Heard, keputusan mahkamah memihak kepada Depp dan memerintah Heard untuk membayar saman $8.3 juta kepada bekas suaminya itu. 


Heard bagaimanapun berkata, dia tidak mampu membayar ganti rugi itu kerana dia berada di ambang muflis dan kerjayanya di Hollywood juga sudah berakhir susulan kekalahannya dalam perbicaraan tersebut. 


Sumber: Daily Mail

No comments