Gajah ditembak 15 kali, mati selepas sebulan bertarung nyawa
Seekor gajah terpaksa bertarung nyawa untuk terus hidup selepas ditembak sebanyak 15 kali dalam kejadian yang berlaku di Thailand, lapor Daily Mail.
Gajah yang diberi nama Nga-Sun itu ditemui tidak sedarkan diri di ladang kelapa sawit oleh penduduk kampung di wilayah Rayong pada bulan Oktober.
Veterinar dari pasukan hidupan liar tempatan yang melakukan pemeriksaan pada gajah itu mendapati ada kesan luka tembakan di bahagian punggung, ekor dan kaki di bahagian hadapan. Organ dalaman gajah berkenaan seperti paru-paru, hati, limpa dan usus.
Gajah itu berjaya diselamatkan pada awalnya selepas dirawat hampir sebulan sebelum dilepaskan semula ke hutan.
Bagaimanapun, 6 November lalu gajah itu mengalami komplikasi kesan dari luka tembakan dan ditemui dalam lumpur di mana haiwan itu sudah tumbang dalam tempoh 48 jam.
Salah seorang veterinar berkenaan berkata, 48 jam berada dalam lumpur telah menyebabkan suhu badan Nga-Sun jatuh mendadak. Meskipun mereka berjaya mengeluarkan air lumpur berkenaan, tetapi mereka perlu membuat ungun api di keliling gajah itu untuk memanaskannya.
Tidak beberapa lama kemudian, gajah itu meninggal dunia dan bangkainya ditanam di kawasan hutan. Pihak veterinar terpaksa menggunakan jengkaut untuk mengangkut bangkai gajah itu.
Sebelum ditanam, penduduk setempat bersama dengan pihak pengurusan hidupan liar mengadakan upacara permohonan maaf dan menaburkan bunga-bungaan serta air suci pada kubur gajah itu.
Pihak berkuasa sedang melakukan siasatan dan memburu individu yang bertanggungjawab di atas kematian gajah itu.
Post a Comment