'Makan gaji buta ke? F*k Klinik Kerajaan!' - Kutuk KKA, netizen sekolahkan wanita ini


Orang ramai selalu dinasihatkan berpada-pada memuat naik kenyataan di media sosial kerana bimbang ia boleh menyentuh memudaratkan diri atau pihak lain. Namun, masih ada yang tidak mengendahkan nasihat itu. 

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter memilih untuk meluahkan kemarahannya di laman sosial itu mengenai tahap perkhidmatan sebuah Klinik Kesihatan Awam (KKA) yang didakwanya lambat, menyebabkan dia terpaksa menunggu lama meskipun telah datang awal. 

"Appointment pukul 10 pagi, sekarang dah 10.37 pagi. Aku datang tadi 15 minit awal kot? 

"Rakyat Malaysia bila nak berubah ni? Makan gaji buta ke? Aku ada banyak hal lagilah nak settle. 

"40 minit dah aku tunggu ni, ingat aku takda kerja lain ke? Dah lebih sejam sial aku tunggu. Korang memang babi. Fak klinik kerajaan!" tulisnya di Twitter pada jam 10.37 pagi, 17 Oktober. 


Luahan kemarahannya itu mendapat perhatian netizen yang kemudian menegurnya agar bersabar dan mempersoalkan mengapa tidak pergi saja ke klinik swasta? 

"Pergi klinik kerajaan tapi expect layanan macam klinik swasta. Lain kali pergilah ke klinik swasta la, haiya," kata Mariam. 

"Sis kalau demanding macam ni, pergi klinik swasta saja la. Mahal-mahal pun tak adalah sakit hati. Kerajaan ni doktornya tak cukup, patients berlambak lagi, sekian," kata Juna. 

"Aku kalau pergi klinik atau hospital kerajaan, aku takkan merungut kalau servis lambat sebab aku faham kerja diorang. Nak servis bagus, pergi swasta, guna insurans," kata Missdong.

Sumber: Twitter

No comments