Kalau anak makcik nak kahwin dengan orang macam hampa (berniaga pasar malam), makcik tak restu'


Jangan dipandang rendah pada kerjaya orang lain kerana rezeki masing-masing telah ditentukan olehNya. Sebaliknya, bersyukurlah kerana dengan adanya mereka, kehidupan kita seimbang dan saling memerlukan antara satu sama lain. 

Perbualan di antara peniaga buah dengan pelanggannya ini jelas menunjukkan masih ada lagi segelintir masyarakat kita bersikap begini, malah terus mengagungkan kejayaan anak-anak sendiri sehingga merendahkan orang lain tanpa sedar telah menyakiti hati mereka. Jangan jadi seperti makcik ini ya. 

MASA berniaga tadi, abam dikejutkan dengan statement sentap dari seorang makcik.

Makcik: "Makcik tengok hampa yang dok niaga ni muka-muka muda lagi naa, macam muka belasan tahun pun ada, awai dua puluhan pun ada." 

Abam: "Macam tu la makcik. Anak-anak muda nak cari rezeki dengan berniaga."

Makcik: "Tapi rugi la, pasai pa hampa tak mau pi sambung belajar? Masuk kolej ka, universiti ka? Bukan apa, pasar malam ni bukan ada jaminan apa-apa pun kat hampa. EPF, SOCSO pun tak dak. Pencen lagi la tak dak. Anak makcik tiga orang perempuan, tiga-tiga masuk universiti. La ni, tiga-tiga kerja kerajaan, ada la jaminan hidup. Lega hati." 

Abam: "Alhamdulillah, rezeki masing-masing makcik. Berniaga pun okey juga, pun ada jaminan juga."

Makcik: "Jaminan apa nya? Nak beli apa-apa pun susah. Nak buat loan lagilah susah. Nak habaq kat hang, anak sulong makcik, kerja kerajaan enam tahun dah. La ni boleh beli kereta dan rumah apartment sebijik kat Kuala Lumpur sana. Hang tau la harga rumah kat sana ratus-ratus ribu. Bukan senang nak dapat beli." 

Abam: "Berniaga ni seronok, duit hari-hari depan mata kami. Cukup buat kami puas. Berniaga ni kan sunnah Nabi." 

Makcik: "Elehhh, la ni cakap pakai mulut boleh la. Kalau anak makcik nak kahwin dengan orang macam hampa, makcik tak restu." 

Tersentap sungguh laa. 

Moral of the story:

1. Berniaga dan ada pelajaran itu satu bonus. Tapi bukan bermaksud boleh memperlekehkan orang yang berniaga tanpa pelajaran/akademik. Berniaga juga satu tempoh pembelajaran. 

2. Cukup-cukuplah angkat bakul sendiri. Jadi muak orang dengar. Faham kot naa! 

3. Orang berniaga ini, orang yang mencipta peluang. Peluang apa? Peluang ekonomi. Sama-sama boleh berkongsi rezeki dengan orang lain. 

4. Kebanyakkan peniaga-peniaga ini jutawan senyap, tak suka nak show off. Biar orang nampak mereka selekeh, jangan tak selekeh wang ringgit. 

5. EPF SOCSO? Ya penting, tapi bukanlah menjadi penanda aras berniaga itu tak ada jaminan. Alternatif lain kan ada. 

6. Tak sangka dalam era tahun 2018 ini pun masih ada orang berpandangan seperti ini. Berubahlah! 

Perjuangan orang berniaga ini berbeza. Mungkin nampak 'lekeh' di mata sesetengah orang. Yang lekeh tak bererti tak berisi di dalam. Bila perlu baru tunjuk, tak suka menunjuk-nunjuk. Itu saja, peace! 

Saudagar Buah

No comments