Susulan Kes Cabul Seorang Lelaki Di Stesen Minyak Shell Machang. Saspek Rupanya Adalah Seorang… MENGEJUTKAN !!!

Susulan Kes Cabul Seorang Lelaki Di Stesen Minyak Shell Machang. Saspek Rupanya Adalah Seorang… MENGEJUTKAN !!!| Machang, Kelantan – Susulan viral kes seorang lelaki mencabul dan cuba merogol seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak Khamis lalu, ahli keluarganya tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai kejadian itu.Wan Rabiatul Adawiah Cekda berkata, suspek, Muhammad Samir bin Hassan, 25, mempunyai masalah kesihatan mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke wad psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Saya salah seorang waris suspek kes ini memohon maaf di atas kes ini. Sebenarnya suspek ada masalah mental dan telah beberapa kali dimasukkan ke dalam wad psikiatri di Kota Bharu. “Mungkin ada yang terfikir, mengapa kami tak masukkan dia ke dalam wad sebelum kejadian ini. Untuk pengetahuan, bukan semudah ABC untuk kami masukkan suspek ke dalam wad. Kami perlu ada kes suspek mengamuk atau mencederakan orang, baru boleh dimasukkan ke dalam wad.

“Sebelum kejadian ini, suspek baik-baik sahaja. Suspek juga bukan di bawah pengaruh pil ataupun dadah. Malah rokok pun suspek tak hisap,” katanya. Jelas Wan Rabiatul lagi, jika suspek tidak mempunyai masalah kesihatan, lelaki itulah yang akan menjaga ibu dan neneknya di kampung.

Terdahulu, mangsa mendakwa suspek telah memanjat masuk ke dalam tandasnya semasa dia sedang membuang air kecil sebelum dicabul dan cuba dirogol oleh suspek. Bagaimanapun jeritannya meminta tolong berjaya membuatkan seorang wanita berhampiran pergi mendapatkan bantuan sebelum suspek ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – thereporter via Terengganu Times

The post Susulan Kes Cabul Seorang Lelaki Di Stesen Minyak Shell Machang. Saspek Rupanya Adalah Seorang… MENGEJUTKAN !!! appeared first on SIAKAP KELL.

No comments