Aiman Tino teruja bakal dapat adik

Tahniah Aiman..

PENYANYI Aiman Tino bakal dikurniakan adik apabila ibunya, Hazelina Mat Jalil, 41, disahkan hamil tiga bulan dan bakal melahirkan anak ke-11.
 
Aiman, 19, yang juga anak keempat berkata, dia terkejut bercampur gembira apabila ibunya memaklumkan ahli keluarga mereka akan bertambah, baru-baru ini.
 
“Saya orang terakhir yang dimaklumkan mengenai berita kehamilan itu. Ketika itu, ibu menghubungi saya yang dia baru pulang dari hospital dan disahkan hamil.
 
“Saya terkejut dan gembira apabila ahli keluarga kami akan bertambah. Saya harap kehamilan ibu kali ini berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro.
 
“Ibu dijangka bersalin awal tahun depan. Saya beritahunya apabila bayi itu lahir nanti saya mahu menjaga makan minumnya.
 
“Bukan apa, usia kami nanti agak jauh. Jadi, apa salahnya saya menjaganya seperti anak angkat,” katanya.
 
Selain Aiman, Hazelina dan suami Yusry Ishak, 48, mempunyai sembilan lagi anak iaitu Nur Fara Ain, 23; Mohd. Aidil, 22; Nur Fara Azira, 21; Nur Isfasha, 15; Mohd. Haikal, 11; Nur Alya Mahsuri, 8; Nur Qaseh Mahsuri, 6; Mohd. Ikhwan, 3; dan Nur Nina Izara, 2.
 
Sumber Asal : HariamMetro

No comments