RTM henti siar lagu hit Despacito

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

Baru-baru ini, masyarakat Malaysia dipopularkan dengan 2 lagu, “Despacito” dan “Shape of You”. Kedua-dua lagu ini secara umumnya menceritakan dan mengambarkan perlakuan lucah.

Adakah pihak berwajib tidak menyemak atau mengawal lagu yang dikumandangkan?

“Despacito” dan “Shape of You” merupakan contoh lagu yang mengajak kepada seks bebas. Kandungan liriknya ternyata mempunyai unsur pornografi. Jangan kerana muziknya sedap didengar maka semuanya diterima.

“Ala… lagu jer, bukan apa pun, just dengar dan happy” – ramai beranggapan sebegini. Namun sedar atau tidak, keinginan untuk mengetahui apa yang terkandung dalam setiap lirik lagu akan dizahirkan.

Bayangkan jika lirik ini diterokai oleh kanak kanak. Secara tidak langsung gejala pornografi dan seks bebas akan berkembang.

Generasi kini amat bijak dan cepat dalam muzik. Muzik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Maka perkara ini akan merebak lebih teruk jika tidak dibendung daripada sekarang. – Petikan Dari “Free Malaysia Today

“Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu itu di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta “ katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

Video Muzik Lagu Despacito Brazil :

Sumber : Bernama/Youtube/FreeMalaysiaToday/Malaysiaviralstory

No comments