Review hotel ini pasti akan membuatkan anda ‘teringin’ pergi bercuti


Mejoriti pengguna di Malaysia ramai  yang menggunakan aplikasi tempahan bilik hotel/homestay secara online kerana ia lebih memudahkan dan menjimatkan. Dengan wujudnya pelbagai aplikasi yang menawarkan pelbagai tawaran serta keistimewaan menyebabkan pesaingan menjadi semakin rancak. Akan tetapi, adakah iklan-iklan bilik hotel dan rating yang diberikan di aplikasi tersebut benar-benar menggambarkan keadaan hotel itu yang sebenarnya?

Seperti yang dikongsikan oleh Abang Fadli, alangkah terkejutnya melihat ‘keunikan’ bilik hotel yang didiaminya di Shah Alam. Dalam lima aplikasi yang digunakannya, rata-rata menunjukkan rating yang dianggap ‘bolehlah’, tetapi apabila tiba di hotel tersebut. Indah khabar dari rupa.

Menginap di sebuah hotel ‘zero’ bintang (ingatkan tiga bintang!) yang terletak di Shah Alam. Menurut aplikasi Tripadvisor, hotel ini bertaraf dua bintang. Online booking dalam 60% fuh agak tinggi bukan?.

“Ini sebuah pengalaman yang berharga. Jangan salahkan saya jika anda tiba-tiba terasa hendak pergi bercuti”. Kata Abang Fadli

Bilik tidur. Lihat lampu meja, sangat unik.

Lampu meja yang mempunyai bentuk yang sangat unik dan kreatif. Terasa nak beli satu.

Lantai lif 3D. Jika dipijak, jubinnya kelihatan bergerak-gerak. Sangat teruja dengan kecanggihan lantai lif hotel ini. 

Lantai lif secara dekat. Jika anda bosan, boleh juga main susun-susun. Ia seperti puzzle dalam lif. Wow! 

Dari dalam lif. Pintu lif telah dicorakkan dengan mural yang penuh dengan seni. Nampak tak? Siapa yang tak nampak, maksudnya…

Setelah keluar dari lif, disambut pula dengan hiasan dinding yang sangat menarik. 

Litar-litar elektrik juga dipaparkan secara kreatif.

Boleh lihat secara dekat. Sebagai cadangan, wayar-wayar itu boleh lagi dikemaskan dengan corak anyaman.

Pemadam api juga menggunakan teknologi yang terkini iaitu pemadam api lutsinar. Saya berasa sungguh selamat. 

Bilik yang tidak menggunakan tombol pintu. Mungkin menggunakan imbasan retina atau suara? 

Tombol pintu yang kreatif.

Suis elektrik yang menawan. 

Melalui tingkap bilik. Boleh menlihat pemandangan yang indah.

Lampu bilik pun meriah.

Televisyen yang sangat mengikut arus kemodenan. 

Suis elektrik yang sangat selamat. 

Tempat atas barangan tandas yang lutsinar dan unik. 

Besi langsir tandas yang sangat bersinar. Mungkin tertakhtakan tembaga.

Wallpaper bilik tandas yang season dan very hipster. 

Penyangkut almari yang efektif. 

No comments