Perempuan memang banyak helahnya, Korang yg ada wife…hargailah mereka

Semasa perjalanan dari Kelantan ke Seremban
Selesai COD iPhone di Bangi
Aku duduk di seat driver untuk teruskan perjalanan ke Seremban.
Tiba2 rasa seat basah
🤓 yunk….basah apa ni?
😇 Pampers Sumayyah bocor….dah penuh dah…
🤓 laaa yeke…aduhhh tukar teruslah…nanti gatal2 pulak. Seremban jauh lagi nii (padahal lagi 20 minit)
.
Sambil cari petronas…aku rasa gatal2 punggung. Mungkin sebab air kencing Sumayyah dah meresap ke seluar aku 😪
.
Singgah di Petronas. Selesai mandikan Sumayyah. Baju Sumayyah wife aku dah sediakan atas seat aku, seat yg basah kena kencing baby ni tadi
🤓 yunk kan baju bersih tuu. Kotor la letak atas seat kena kencing…
😇 hehe takpe. Bukan air kencing la bang
🤓 habis tuu air apa?
😇 air mineral. Tadi masa abg hantar iphone. Ayg suap Sumayyah bubur. Masa suap air mineral tertumpah atas seat.
🤓 laaaa apsal tadi kata kencing???
😇 saje nak abg mandikan dia.
*tiba2 rasa gatal2 aku hilang lepas taw tu mineral water jer
.
Aku pon pakaikan Sumayyah baju sepantas kilat. (Sambil sumayyah gelakkan aku sebab tertipu)
.
Otw nak ke Seremban….
😇 bang peninglaa abg bawak laju…
🤓 pulak….
😇 tapi kalau jalan ke Cameron x pening. Esok lusa kita pergi cameron ya nak hilangkan pening ni..
KALI NI AKU TAKKAN TERTIPU
🤓 Ayg mengandung ya?
😇 haihh tak lah…
🤓 tu pening2 tuu
😇 mana ada…pening abg drive laju jer
🤓 ooooo kalau mengandung abg nak bawak pergi Cameron mkn strawberry
😇 alaaa….xpelah bang. Esok kita pergi beli strawberry kat mydin seremban 2 jela

.
Pengajaran
Perempuan ni banyak helahnya
Nak makan dia tanya kita lapar x
Nak berjalan dia tanya kita ada urusan x
Nak bantuan dia bagi helah pening, loya, sakit perut, sakit pinggang.
Dan helah paling banyak dijalankan semasa 15hb….entahlaaa kenapa.
Korang yg ada wife…hargailah mereka
Mereka ni unik sangat
Bukan mcm kita lelaki straight to the point
Dah 4.20am aku masih tak boleh tido lepas perjalanan yg jauh mengenangkan segala helah bini aku sepanjang perjalanan.
Esok sape jumpa kat Mydin S2 kat bahagian strawberry. Hai hai lah ya..
Salam…..😇🤓

Kredit : Syahmi Roslan

No comments