Jamal Yunos Bawa ‘Wan Azizah’ Naik MRT [VIDEO]

Datuk Seri Jamal Md Yunos, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar sekali lagi menjadi perhatian umum apabila beliau membawa replika imej presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersiar-siar menaiki Transit Aliran Massa (MRT).

Ketua Umno Sungai Besar ini tiba di stesen Stadium Kajang bersama kira-kira 50 orang pengikutnya sekitar jam 10.30 pagi sebelum menaiki MRT.

Replika imej Wan Azizah itu disusuli dengan kapsyen yang tertulis: “Tq PM Kerana Menyediakan Perkhidmatan MRT Dari Kajang Ke Sungai Buloh. Mudah Lah Kak Wan Menziarahi Suami Kak Wan di Sungai Buloh,”.

Ia merupakan sindiran kepada Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, lapor Malaysiakini.

Pada 10 julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada menyatakan di laman twitter beliau yang berbunyi ‘Langkah Kajang sebenar, Akan datang kepada anda dalam tujuh hari,’.

Kenyataan di laman twitter Perdana menteri merujuk kepada perkhidmatan menghubungkan Sungai Buloh-Kajang yang terbaru sepanjang 51 kilometer sekali gus solah menyindir PKR menjatuhkan menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2014 bagi mengantikan jawatan tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video penuh:

No comments