Cinta 5 Tahun Tapi Kahwin Hanya Mampu Bertahan Setahun. Punca Lelaki Ini Ceraikan Isterinya Buat Ramai GERAM !!!

Cinta 5 Tahun Tapi Kahwin Hanya Mampu Bertahan Setahun. Punca Lelaki Ini Ceraikan Isterinya Buat Ramai GERAM !!! | Mohon sembunyikan identiti saya. Saya cuma nak kongsi cerita saya hanya sebagai pengajaran kepada yang lain di luar sana.

Gambar Sekadar Hiasan

Saya bercinta dengan isteri selama 5 tahun dan kami hanya mendirikan rumah tangga hanya 1 tahun, dan saya buat keputusan untuk ceraikan dia. Saya rasa saya tidak salah kerana selama saya hidup bersama dia, saya tidak bahagia. Memang waktu bercinta kami bahagia tetapi selepas berkahwin kami tidak lagi bahagia kerana isteri tidak pandai menjaga diri sehingga beratnya naik mendadak tapi tidak sampai tahap obesiti lagi.

Saya cuba tegur dan nasihatkan dia, dan dia pun usaha untu kuruskan badan tetapi berat badannya hanya turun 1KG hingga 2KG dan selepas itu naik mendadak pula. Kawasan miss V dan paha dia gelap sangat dan berbau. Saya sudah tidak tahan lagi.

Dia seorang yang bekerjaya dan gajinya lebih tinggi daripada saya. Memang dari sudut seorang isteri dia memang baik walaupun kerja hebat, dia tidak pernah memandang rendah kepada saya. Tetapi, saya sudah tiada selera ketika ‘bersama’ dengan dia.

Saya mengaku, saya memang ada ‘makan luar’ sebab tiada kepuasan bila ‘bersama’. Kami belum dikurniakan zuriat. Kini saya memang betul-betul sudah rasa bosan dengan dia dan sekarang saya sudah ada seseorang yang betul-betul buat saya bahagia.

Kerana tidak mahu isteri menderita, saya ceraikan dia dan saya harap semua doakan semoga dia dapat seseorang yang betul-betul menyayangi dia. Saya rasakan tindakan saya ini betul, kerana kalau kita dah tak sayangkan seseorang baiklah kita lepaskannya mungkin ada seseorang yang boleh menerima kekuranganya nanti.

Mohon doakan dia dan kebahagiaan saya dengan bakal isteri baru. Mohon jangan kecam saya. Saya hanya kongsi kalau nak kahwin kena fikir betul-betul kerana benda macam ini di luar dugaan kita dan saya tiada niat untuk mainkan perkahwinan ini.

Sumber : KRT

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

The post Cinta 5 Tahun Tapi Kahwin Hanya Mampu Bertahan Setahun. Punca Lelaki Ini Ceraikan Isterinya Buat Ramai GERAM !!! appeared first on HARIAN METRONI.

No comments