Tayar Kereta Jenis Apa Paling baik?


Nah treadware sampai cecah 500.. gelak je cina tu bila aku kata pada dia yang tayar ni bunga dia tahan selama 5 tahun.

Guys, bunga tayar tahan tak semestinya tayar tu bagus. Dari segi fizikalnya memang bagus, bunga tak luak. Tapi korang kena faham yang treadware lagi tinggi, composition getah lagi keras.

Getah lagi keras, memang nampak cantik, boleh potong air tapi bila kita buat breaking, tayar takkan melekat di jalan. Malahan bole sliding beberapa puluh meter bergantung pada speed masa kita mula-mula stop tadi.

Nak beli tayar, ciri-ciri ni kadang kadang orang terlepas pandang tapi pada kaki trek atau yang motorsport, treadware ni penentu traction sesuatu kereta. Dari mula starting sampai lah waktu cornering, treadware jadi issue no 1 selain dari temperature.

Selama aku pakai tayar ni, aku nak listkan treadware tayar-tayar yang pernah aku pakai. Contoh nya.

Dunlop D1. – 410
Falken ziex 922 – 310
Yokohama A Drive. – 3++. ( X ingat berapa, tp tayar ni la penyebab type x aku serpih)

Toyo T1r. – 280
Aciles 123S. – 280
Acilera. – 200
Federal RSR. – 140
Toyo R1R. – 140
Hankok Ventus TD – 60

Dan kalau korang perasan dan kalau ada buat homeworks skit, tayar tayar yang aku list dari atas sampai bawah tu adalah yang paling murah sampai lah yang paling mahal. Tapi ada lagi mahal cuma tak kesampaian lagi kocek nak pakai dan tak tau nak guna untuk apa. 😀

Just info, tayar tayar yang bawah treadware bawah 200 orang dah panggil semi slick tire.

Pada pandangan aku, mana mana taya yang treadware julat dia dalam 200-300 tu adalah tayar yang sesuai untuk kegunaan harian dan tidak terlalu mahal. Atas dari 300, bunga tayar suda mulai keras dan amat bahaya untuk brek kecemasan. Bole cuba bagi mana yang tak tau, cari jalan kosong, cuba buat hard breaking. Tengok kereta nak slide jauh mana. .

Bawah dari nilai 200 pulak, memang sedap kita sesah tayar tayar tu tapi kena beringat sebab pengeluar yang ingin “memaksimum kan contact tayar pada jalan” akan mengurangkan sebanyak yang mungkin jaluran yang ada pada taya taya biasa.

Jaluran jaluran ni la yang orang tak perasan dimana tugas nya adalah penghilang bunyi, pemotong air dan penyerap hentakan.
Cuba tgk bungan pada nitto, federal fz201 atau hankok ventus td, macam kurang bunga je kan. Dan bila taya kurang bunga ni, ia akan mudah slide bila hari hujan waktu langgar lopak air. So hati hati mana yang guna tayar ni untuk daily.

Dan kalau korang lagi perasan, tayar tayar yang treadware 200 turun sampai cecah 100 ni harga dia dh cecah 400 ringgit keatas sebijik untuk hanya saiz 15″ dan hanya pada yang pernah pakai saja tau berapa grip nya tayar tayar macam ni.

So tepuk dada, tanya poket anda. Beli taya ikut kesesuaian dan aplikasi. Kerana tayar adalah contact terakhir dengan jalan wahai tuan-tuan.

Upgred guna caliper brembo maupun willwood sekali pun tapi kalau kalau sarung kan dengan falken ziex, kereta tetap slide sejauh yang mungkin sebelum berhenti..

Safety first.

The post Tayar Kereta Jenis Apa Paling baik? appeared first on Malaysiaviralstory.My.

No comments