Wanita Bakal Berdepan Risiko PENJARA Jika Periksa Telefon Suami. Ini Merupakan Undang2…
Wanita Bakal Berdepan Risiko PENJARA Jika Periksa Telefon Suami. Ini Merupakan Undang2…| RIYADH – ARAB SAUDI. Wanita Arab Saudi berdepan risiko penjara dan disebat jika disabitkan bersalah memeriksa telefon suami tanpa pengetahuan dan kebenaran.
Gambar ilustrasi
Ia tidak tertakluk dalam undang-undang Syariah negara itu, sebaliknya dilihat sebagai melanggar urusan peribadi, lapor Agensi. Menurut peguam Mohammed Al-Temyat, yang memperkenalkan diri sebagai anggota Program Keselamatan Keluarga kerajaan Arab Saudi, wanita boleh dihadapkan ke mahkamah jika saman difailkan terhadap mereka.
Jawatankuasa itu ditubuhkan pada 2005 untuk memperbaiki akses kepada perkhidmatan sosial. Tiada hukuman diperuntukkan untuk kesalahan itu kerana ia tidak tertakluk dalam undang-undang Islam, sebaliknya hukuman boleh dikenakan menurut budi bicara hakim, bermakna mereka boleh dipenjarakan.
“Saya mahu menjelaskan subjek ini membabitkan suami dan isteri dan ia adalah kesalahan ta’zir. Jadi, ada kemungkinan pesalah disebat, denda, penjara, menandatangani perjanjian atau tiada hukuman langsung. “Ia kesalahan ta’zir yang tidak diiktiraf secara rasmi, jadi hukuman bergantung kepada masalah yang wujud. Jika tiada masalah, tiada hukuman dijatuhkan,” katanya kepada akhbar Makkah.
Sumber: Sinar Harian
The post Wanita Bakal Berdepan Risiko PENJARA Jika Periksa Telefon Suami. Ini Merupakan Undang2… appeared first on SIAKAP KELL.
Post a Comment