Gadis Cantik Terima Hadiah “Istimewa” Sempena Konvokesyen. Terlalu Happy Sampai Berguling Di Rumput !!!
Gadis Cantik Terima Hadiah “Istimewa” Sempena Konvokesyen. Terlalu Happy Sampai Berguling Di Rumput !!!| Sudah hampir 3 tahun berlalu, Tami tidak berjumpa dan melihat kakaknya Brittany yang tinggal jauh di Arizona, Amerika Syarikat. Tami mahu Brittany hadir di majlis tamat sekolah tingginya dan juga majlis meraikannya selepas itu. Namun Tami dikhabarkan berita sedih bahawa kakaknya itu tidak dapat menghadirkan diri.
Tami berasa sungguh kecewa. Walau bagaimanapun, Tami berjaya membuat sebahagian daripada persiapan majlis graduasinya dan menikmati detik indah itu sebaik mungkin… tetapi dia masih merindui kakaknya itu. Pada suatu petang iaitu 3 hari sebelum majlis tamat pengajian, Tami perasan sebuah kotak besar terletak elok di halaman rumput di depan rumahnya. Tami diberitahu bahawa kotak besar itu adalah kejutan untuknya. Ahli keluarganya yang lain meminta Tami membuka kotak itu. Dengan perlahan-lahan Tami membuka balutan kotak besar itu. Dan…
Tami terperanjat besar apabila melihat kakak yang dirinduinya itu berada di dalam kotak besar itu. Tami terus memeluk erat kakaknya dan menciumnya berkali-kali sehingga berguling-guling di atas rumput. Sebak rasanya apabila melihat video ini. Jelas terpancar kearaban dan kasih sayang antara dua beradik ini.
Sumber: Era Baru
The post Gadis Cantik Terima Hadiah “Istimewa” Sempena Konvokesyen. Terlalu Happy Sampai Berguling Di Rumput !!! appeared first on SIAKAP KELL.
Post a Comment