'Abang tak bagi signal, ini lorong saya!'


KUALA LUMPUR - Viral rakaman video tiga individu bertikam lidah di tepi jalan hanya disebabkan lelaki yang berpakaian pejabat itu menukar lorong tanpa signal. 

Video yang berdurasi enam minit itu menunjukkan lelaki berbaju hitam menjerit memarahi lelaki berpakaian pejabat itu tanpa memberikan ruang kepadanya untuk memberi penjelasan bagi pihaknya. 

Video yang dirakam oleh seorang wanita yang dipercayai ahli keluarga lelaki berbaju hitam itu menegaskan, pemandu berkenaan telah masuk ke lorong di hadapan mereka tanpa memberikan signal. 

"Lorong ini lorong saya, abang masuk tak bagi signal. Lepas itu tunjuk 'but*h'," kata pengadu. 

"Saya dah masuk separuh jalan, kan? Lepas itu awak tekan minyak laju kenapa?" balas pemandu berkenaan. 

"Abang tak bagi signal, lepas tu kurang ajar tunjuk 'but*h". Kau ingat kau siapa?!" jerit pengadu. 

"Habis kau langgar kereta aku, tak fikir?" kata lelaki itu lagi. 

"Mana ada kitorang langgar kereta you? You yang langgar kereta I," kata perakam video. 

"Aku masih hormat dan panggil kau abang lagi tapi kau tunjuk kat aku 'but*h'," kata pengadu. 


Sepanjang video enam minit itu, masing-masing tetap tidak mahu mengalah dan akhirnya perakam video meminta lelaki terbabit pergi ke balai untuk minta pendapat pegawai polis bagi menentukan siapa yang salah. 

Sementara itu di media sosial, netizen sekadar menggelengkan kepala dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan enggan peduli kejadian yang tidak sepatutnya viral itu. 

No comments