'Janji 1hb tapi dah 3 minggu tunggu, bila kau nak bayar hutang?'


Bila meminjam duit orang, pastikan anda mendisiplinkan diri untuk membayar balik pinjaman itu. Tak kiralah pinjaman dengan bank ke, PTPTN ke, kawan ke, saudara mara ke, adik beradik ke, ibu dan ayah ke, adalah wajib untuk anda bayar balik. 

Paling penting sekali, jangan sesekali mendiamkan diri dan menyangka si pemberi pinjaman tak ingat dirinya pernah pinjamkan duit kepada anda. 

Dalam kes Ahmad Afiq ini, sudah kerap kali berlaku kepada sesiapa pun di luar sana. Disebabkan sikap peminjam yang tidak berdisiplin dan memungkiri janji inilah membuatkan orang ramai enggan membantu. 

DAPAT MESEJ DARI KENALAN LAMA

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam menerima dugaan di bulan yang penuh berkat ini. 

Hujung bulan lalu, saya menerima satu mesej di Instagram dari kenalan saya semasa belajar di UiTM Lendu, Alor Gajah, Melaka. Dia senior blok saya. Beza satu semester, kursus lain. 

Kami pernah berkhidmat bersama-sama sebagai faci untuk minggu orientasi. Juga pernah belajar di kampus yang sama untuk peringkat ijazah iaitu di UiTM, kampus Shah Alam. 

Fakulti kami sangatlah dekat, bangunannya pun bercantum. Maka saya boleh kira dia seorang kenalan yang saya anggap sebagai kawan. Tetapi tidak lagi disebabkan kejadian baru-baru ini. 

Beliau menghantar mesej kepada saya di Instagram. Dari ayat-ayat yang digunakan, nampak kedesakan dia di situ. Gaya memang macam nak meminta pertolongan. Saya pun balas seperti biasa walaupun rasa tak sedap hati. Namun disebabkan kawan, saya masih berbaik hati untuk mendengar apa yang beliau hendak katakan. 

Bila dia sebut nak pinjam duit, rasa lega sedikit. Ingatlah ada perkara mustahak sangat. Bila dia sebut jumlah, lagilah terasa lega sebab amaun yang diminta hanya RM50 sahaja. 

Katanya, dia terdesak dan bila dia terima gaji nanti dia akan akan bayar. Tak cukup nak lepas sampai gaji. 

Bila sebut tentang pinjam meminjam ini, saya dah lalui banyak pengalaman sebab saya suka pinjam duit orang. Maka saya faham keadaan yang memaksa untuk kita meminjam. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan saya untuk meminjam, khasnya daripada kawan-kawan. Kawan-kawan saya semua baik-baik belaka. 

DAH JANJI, TAPI TAK SANGKA

Dengan amanah yang diberikan, saya bayar semula pinjaman sepertimana yang saya janjikan. Tidak pernah saya lupa berapa jumlah dipinjam dan dari siapa saya meminjam. Malah tidak pernah lebih masa daripada yang saya janjikan. Itulah prinsip saya.

Jadi, apabila dia mengatakan yang dia akan bayar balik dalam masa dua hari. Saya ambil kata-katnaya itu sebagai satu perjanjian. Dengan niat ingin membantu, saya pun dengan senang hati memindahkan wang tersebut ke akaun banknya. 

Tetapi nampaknya situasi saya bukanlah seperti yang dijangka. Anda nilailah sendiri dari gambar-gambar perbualan kami di bawah. Saya tak ambil ini sebagai kesilapan, tetapi ini adalah pengalaman berharga yang mengajar saya untuk lebih berhati-hati. 

1HB GAJI AKU MASUK, AKU TRANSFER TERUS BALIK KAT KO




TAK SEMPAT BAYAR, TELEFON ROSAK





DELAY DAN DELAY SAMPAI DAH TIGA MINGGU




Saya tak cakap saya tak akan tolong orang selepas ini, cuma akan lebih berjaga-jaga. Sekian perkongsian pengalaman saya untuk dijadikan teladan buat semua. 

P/S: Saya dah dapat nombor dia dan cerita di sebalik kegiatan dia. Rupanya sudah ramai yang menjadi mangsanya. Perkongsian ini adalah untuk mengelakkan perkara ini berulang. Sebab dengar cerita dah berulang berpuluh kali. Semoga dia diberi hidayah. 

No comments