Lagi Kes Video Pelajar Bergaduh Jadi VIRAL. Polis Ambil Serius & Akan Siasat Kes Ini !!!
Lagi Kes Video Pelajar Bergaduh Jadi VIRAL. Polis Ambil Serius & Akan Siasat Kes Ini !!!| Nilai – Polis menyiasat satu rakaman video pergaduhan membabitkan dua remaja dipercayai pelajar sekolah menengah yang didakwa berlaku di Mantin di sini, yang tersebar di Facebook, sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata pihaknya menjalankan siasatan lanjut termasuk kesahihan dakwaan kejadian itu membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin dan berlaku di sini.“Kita belum menerima laporan rasmi mengenai kejadian itu, namun siasatan sudah dimulakan sebaik menerima maklumat mengenainya.
“Kita juga akan berhubung dengan pihak sekolah untuk mengenal pasti identiti pelajar yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Video Kes Pelajar Sekolah Gaduh Polis Akan Siasat. Baca Berita Penuh: https://goo.gl/gmxYYo
Posted by Wartawan Jalanan Video on Tuesday, June 20, 2017
Dalam rakaman video selama kira-kira satu minit itu, dua remaja lelaki masing-masing memakai kemeja-T tanpa lengan bergaduh, manakala lebih 10 pelajar berpakaian seragam sekolah, bersorak mengelilingi mereka di sebuah taman permainan. – BH Online via Wartawan Jalanan
The post Lagi Kes Video Pelajar Bergaduh Jadi VIRAL. Polis Ambil Serius & Akan Siasat Kes Ini !!! appeared first on SIAKAP KELL.
Post a Comment