Polis Dedah Pemandu Van TAKDA Lesen. Ini Komen Balas Pengasas Tahfiz Yg MENGEJUTKAN !!!

Polis Dedah Pemandu Van TAKDA Lesen. Ini Komen Balas Pengasas Tahfiz Yg MENGEJUTKAN !!! | Pemandu van, terlibat dalam nahas yang mengorbankan tujuh pelajar tahfiz, tidak mempunyai lesen, dedah polis hari ini.

Namun pemandu van jenis Maxus V80 itu, yang merempuh sebuah rumah, tiada rekod lain kesalahan trafik dan tidak terlibat dengan dadah, lapor Berita Harian.

Selepas memotong, van yang membawa 12 pelajar dan dua guru terbabas sebelum merempuh rumah, kata timbalan ketua polis Kuala Krai DSP Zulkarnain Ismail Al Haj.

Dalam nahas pagi semalam di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Baru, lima pelajar maut di lokasi kejadian, sementara dua meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK).

Zulkarnain menambah, polis telah mengambil keterangan pemandu dalam siasatan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Sementara Utusan Online pula melaporkan, daripada tujuh yang terselamat, dua masih kritikal, termasuk di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ahmad Syakir Azfar Abd Rahim, 16, dan Muhammad Faiz Hafizuddin Mohamad Izahir, 17, mengalami kecederaan serius, kata pengarah HKK Dr Mohd. Salleh Mat Jusoh.

Dua mangsa lain Muhammad Aidil Ismail, 14, dan guru pengiring Muhamad Izzat Muhamad Nor, 24, sudah dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Tiga lagi, Muhammad Nur Haikal Fauzi, 14, Muhammad Syuwari Manasikana, 14, dan Muhammad Hamzi Muhammad Husham, 24, tidak serius dan akan dibenarkan pulang.

Mereka yang maut di tempat kejadian: Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18, Muhamad Rahman Rozali, 17, Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16, Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, dan Sarifuddin Muhammad, 14.

Manakala Ahmad Farhan Zulkifli, 14, dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, meninggal dunia di HKK.

Namun pengasas pusat tahfiz berkenaan Datuk Adnan Hashim menafikan pemandu van berkenaan tidak mempunyai lesen memandu, lapor Utusan Online lagi, lewat petang ini.

Tambahnya, maahad itu mengambil berat peraturan dan “sama sekali tidak akan membiarkan” seseorang yang tidak berlesen memandu.

Memang dalam dua guru pengiring tersebut salah seorangnya tidak ada lesen, tetapi yang memandu pada hari itu mempunyai lesen,” katanya kepada portal itu.

Sumber: The Malay Mail Online

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

The post Polis Dedah Pemandu Van TAKDA Lesen. Ini Komen Balas Pengasas Tahfiz Yg MENGEJUTKAN !!! appeared first on BACA VIRAL.

No comments