Nak Beli Makanan Untuk Kucing, Tidak Minta Sedekah, Apa Yang Gelandangan Ini Lakukan Buat Ramai RESPEK !!!

Nak Beli Makanan Untuk Kucing, Tidak Minta Sedekah, Apa Yang Gelandangan Ini Lakukan Buat Ramai RESPEK !!! | Hubungan manusia dengan haiwan peliharaan sememangnya sudah terjalin sudah sekian lama. Sebagai pemilik, seseorang itu pasti akan menjaga dan memberikan yang terbaik buat haiwan yang dipelihara itu.

Seorang lelaki gelandangan di Thailand ini juga tidak terlepas daripada menjaga haiwan peliharaan kesayangannya dengan baik. Menurut Coconuts, seorang gelandangan di Bangkok telah mendapat perhatian netizen di media sosial baru-baru ini.

Loong Dum dilihat menjual limau di stesen keretapi BTS Mo Chit di tengah-tengah bandaraya yang sibuk itu.

Loong turut meletakkan tanda harga “20 baht satu beg, untung akan digunakan untuk membayar perbelanjaan makanan kucing jalanan.” Baiknya dia!


Seorang wanita bernama Warunya Wattanasupachoke yang memuat naik tentang kisah lelaki ini berkata, dia bertemu dengan Loong ketika sedang menyeberangi jejantas menuju ke stesen keretapi tersebut.

Sebaik sahaja terbaca tanda yang ditulis, Warunya membuat keputusan untuk membeli beberapa beg limau daripadanya. Wanita itu turut mendapat tahu bahawa kesemua limau yang dijual itu telah diberikan kepada Loong oleh orang yang tidak dikenali secara percuma! Masih ramai yang berhati mulia dalam dunia ini!
Warunya turut menggambarkan Loong sebagai “peramah dan sopan”. Menurutnya,

“Kita tidak patut menilai seseorang itu berdasarkan penampilan mereka.”

“Sebagai contoh, lihat Loong Dum. Walaupun dia seorang gelandangan dan nampak serabai, dia mempunyai hati yang sangat baik.”

Loong Dum pula ketika ditanya berkata, dia sama sekali tidak kisah jika kebuluran, asalkan kucing itu dapat makanan.

“Saya tidak kisah jika tidak makan, tetapi kucing itu perlu makan.”

Hakikatnya mereka yang bukan gelandangan dan hidup dengan serba mewah pun belum tentu dapat melakukan kebaikan seperti ini.

Sumber:- LobakMerah

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

The post Nak Beli Makanan Untuk Kucing, Tidak Minta Sedekah, Apa Yang Gelandangan Ini Lakukan Buat Ramai RESPEK !!! appeared first on EKSIDENZ.

No comments