Family Reunion, Aku, Suami Dan Sepupu Terpaksa Tidur Di Ruang Tamu. Terjaga Dari Tidur Aku Nampak Suami Sedang…

Family Reunion, Aku, Suami Dan Sepupu Terpaksa Tidur Di Ruang Tamu. Terjaga Dari Tidur Aku Nampak Suami Sedang…| Assalamualaikum admin, mohon hide profile saya. Saya sudah bergelar sebagai seorang isteri selama beberapa tahun. Kehidupan kami biasa saja, bahagia sehingga lah pada suatu hari, kejadian yang membuat kasih sayang saya, kepercayaan saya berkurangan terhadap suami saya.

Kejadian itu berlaku semasa balik ke kampung ketika ada family reunion. Kejadian yang saya rasa memalukan bagi saya seorang isteri. Saya dan suami tidur di ruang tamu, pada ketika itu sepupu saya pun tidur di ruang tamu tetapi diatas sofa. Ketika saya terjaga saya terpandang suami saya yang sedang asyik memandang sepupu saya yang sedang tidur.

Pada pandagan saya mungkin dia terpandang keadaan kain nya yang sedikit tersingkap (nampak anak seluar), tapi apabila berkali-kali dia memandang sambil membetulkan posisi kedudukan nya supaya selesa (nampak dengan lebih jelas) hati saya jadi sakit, dia tidak tahu saya berpura-pura tidur. Saya kecewa apabila melihat kelakuan suami saya.

Saya ingin menegur tetapi saya rasa malu dengan kejadian itu. Sejak kejadian itu, hati saya sakit. Saya rasa jijik, geli dengan suami lebih-lebih lagi kejadian itu berlaku di bulan yang mulia bulan ramadhan. Bila saya pandang muka suami, hati saya bagaikan hancur saya ada cakap dengan suami supaya jangan sentuh saya. Suami bertanya kenapa saya melayan dia dengan dingin. Saya sudah beri hint tentang apa yang saya marahkan, tapi dia masih tidak faham. (sepupu saya mahupun suami tidak tahu yg saya nmpk kejadian ini).

Mulut saya pula tidak terluah tentang apa yang berlaku, saya punya la menjaga aib saya sebagai seorang isteri(menutup aurat semasa di kampung atau rumah mertua, memakai tudung 24 jam) tapi ini balasan suami saya. Dalam hal ini siapa yg bersalah? salahkah saya sebagai seorang isteri kecewa dengan perilaku suami? yang membuatkan saya terlalu kecewa sebab saya tak sangka suami akan berkelakuan sedemikian.

Bertahun kami hidup, ini kali pertama terjadi di depan mata saya, saya berdoa jika suami memandang tanpa niat, harap Allah hilangkan ingatan saya tentang kejadian itu tapi kejadian itu masih segar di ingatan saya. Buat masa sekarang pandang muka suami pun saya tak mampu. Saya rasa terhina, saya jadi tak suka dengan suami saya. Apa yang patut saya lakukan.? Melupakan atau berterus terang. Sehingga sekarang saya masih bersedih. Ketika menaip warkah ini air mata saya tidak berhenti mengalir.

Sumber:- KRT

P.S. 1 – Padah Tumpang Kereta Dinaiki 4 Gadis. Lelaki Ini DIR0G0L Bergilir² & Dibuang Dalam Semak !!!
P.S. 2 – Gaji RM 1600 Tapi Dah Ada Aset Bernilai SEJUTA Ringgit. Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Ramai TAKJUB !!!
P.S. 3 – [VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM !!!
P.S. 4 – Askar Israel KANTOI Campak SESUATU Di sisi Mayat Warga Palestin Yg Buat Ramai GERAM !!!
P.S. 5 – Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!

The post Family Reunion, Aku, Suami Dan Sepupu Terpaksa Tidur Di Ruang Tamu. Terjaga Dari Tidur Aku Nampak Suami Sedang… appeared first on EKSIDENZ.

No comments