Aku Kerja Kat Singapura Gaji RM10k. Perkara MENGEJUTKAN Buat Aku BERHENTI !!!
Aku Kerja Kat Singapura Gaji RM10k. Perkara MENGEJUTKAN Buat Aku BERHENTI !!! | Aku ni lelaki, 25 tahun, cume ade diploma. Pointer pon sendu je bawah 2.3 masa grad dulu. Datang dari family agak susah, tapi Alhamdulillah. Aku nak share pengalaman aku dari graduate sampai lah ke hari nie. Cerita aku tinggalkan kekayaan dunia sebab tak minat kumpul harta sangat.
Lepas aku grad, aku jobless 6 bulan. Jenuh resume, interview aku pergi. Semua tak sangkut sebab takde pengalaman. Bukan tak nak merantau kat KL, tp kalau gaji pon below 1500, brape sgt aku boleh bagi parents nanti, so aku tak merantau. Sampaikan satu masa nak topup pon takde duit, malu nak mintak kat mak, aku nekad pergi naik motor, cari keje kat semua ceruk. Last-last aku dapat kerja as promoter kat kedai aksesori computer.
Gaji aku masa tu 900 je, tolak epf itu ini semua ada la dlm brape ratus je. Keje nya kena berdiri 12jam, tak boleh duduk sangat bos marah, setiap kali balik, tumit rasa sakit je bila nak tido. Masa keje ni, aku selalu nyorok kat blakang2 kedai sebab malu kot2 ade member sekolah jumpa. Yelah, blaja bukan main jauh, lama2, lastly keje kedai je? Tapi bersyukur jugak, masa tu lah Allah bagi aku tamparan paling besar yang buat aku sedar diri. Bila aku dapat tahu, ada partner aku Cuma ade PMR and gaji dia sama macam aku. Masa tu aku sedar yang sijil tu, takde makna, rezeki tu Allah yang bagi. Aku muhasabah diri, and mula bersangka baik, “bangga” dengan diri yang dah ada kerja, sedangkan ramai lagi takde.
Dah puas kumpul ilmu IT sikit2 dengan bos CC tu, sebab bos aku tu mmg programmer pon. Aku quit, and dapat job dari jobstreet. Iklan job tu tulis “IT Technician” tapi bila start kerja, kena kerja as Technician mesin fotostate.
Rupanya2 company ni nak pekerja yang IT Savvy, sebab rata2 technician yang ada tak tahu nak link kan computer dengan mesin fotostate. Aku okay, kerja je, gaji aku masa tu 1200. Kerja nya mostly kerja technician lah, bukak mesin tu part by part, replace, repair, cuci, refurbished. Lepas tu daily support kat tempat2 client, tambah toner, repair mesin. Kena deliver mesin, angkat mesin yang besar tu kat opis2 client. Sebab rata2 client yang sewa mesin ni, company kecik2, so opis pon kat atas kedai je. Kena la kitorang ni angkat mesin tu naik tangga. Pernah aku angkat copier yang berat 207 kilo. Naik tingkat 3. Macam nak patah pinggang, dah la berat, siap tersepit pulak jari lepas tu. Dalam masa sama, kerja aku kena jadi rider ke sana sini, redah hujan, redah panas, tayar pancit kat kubur cina, kena kejar anjing. Macam2 lah. Sampai lah tak lama lepas tu, dapat offer dari Western Digital. Dengar je WD, aku happy lah, sbb company besar kot.
Aku start keje kat WD as helpdesk. First IT job aku. Kerja shift 12jam, gaji 1200 je, lepas confirm baru naik 1400. Masa ni aku mmg kosong, tapi Alhamdulillah, senior2, engineers semua supportive. Suap aku satu satu mana aku tak tahu, dari pasal server, cloning pc, handle network itu ini. Masa zaman ni jugak aku banyak kena tengking, kena marah, sampai rasa nak menangis pon ade.
Lelaki, jiwa rockers, kena marah dengan bos nak nangis. Pengalaman bila kerja malam, sorang2, kena kacau hantu, network down, production tak jalan, kena marah sbb lewat solve, kena maki semua dah merasa. Tapi aku still bersyukur.
Bulan 7 yang lepas, aku quit kerja kat Singapore, di saat career tengah memuncak, umur masih muda. Orang kata, kumpul la duit dulu, nanti dah tua, berhenti lah, buat bisnes. Tapi aku nekad. 2 hari sebelum raya, aku berhenti. Sebab aku rasa hidup aku takde makna, kalau dapat gaji berbelas ribu sebulan, boleh beli apa yang aku nak, tapi hakikatnya, kosong. Rasa macam robot, kena bangun awal, pergi tempuh jem, balik pulak penat, Cuma sempat makan, tido. Takde masa nak sepak bola, takde masa nak tengok movie, takde masa nak tengok tv, takde masa untuk family, kawan2, hobi, belajar.
Aku tinggalkan semua tu, and jadi jobless, mulakan cari kerja kat Malaysia pulak. Even aku apply kerja kat Malaysia sahaja, tapi sampai ke hari ni, aku masih dapat lagi offer2 dari Singapore. Tapi Alhamdulillah, skrg kerja kat KL, dengan berbekalkan pengalaman and resume yang boleh tahan “hebat” boleh dikatakan, banyak company berlumba bersaing nak hire aku. Alhamdulillah, lepas dekat 2 minggu jobless, aku dah dapat kerja kat KL ni, even gaji nya memang jauh beza sangat dengan ape aku pernah dapat, and gaji gadis fresh grad tu lagi besar. Tapi aku happy. Even sekarang setiap bulan bajet duit, nak makan KFC pon berkira, tapi aku sangat2 happy. Aku dah ada cukup, and bersyukur, perjalanan aku satu satu Allah susun, dari bawah sampai keatas, yang jadikan aku lebih matang.
Ada orang bahagia nya bila mampu beli semua kehendak, mampu sediakan yang terbaik untuk family.
Bagi aku, yang paling bahagiakan aku cuma family aku. Harta paling mahal and rahmat paling besar Allah bagi pada aku ialah aku masih ada parents sampai hari ni. Kawan2 aku semua dah ade yang beli rumah, kereta besar, kahwin gempak. Aku? Masih punya motor. Hidup aku bukan untuk bersaing siapa lebih kaya, hidup aku bukan untuk kumpul harta. Sekarang, aku baru apply PJJ kat UTM space, untuk sambung degree, and mungkin lepas tu master. Sbb bagi aku, yang membezakan manusia ini Cuma ilmu dan amal.
Jadi aku nak cuba improve diri aku, nak merasa pergi convo sbb masa diploma tak pergi, takde duit nak sewa jubah, and pointer pon pilu je kalau tengok, kali ni aku nak cuba elok2. Nak cabar diri, how far I can go. Doakan aku berjaya geng. KREDIT IIUM.
P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!
The post Aku Kerja Kat Singapura Gaji RM10k. Perkara MENGEJUTKAN Buat Aku BERHENTI !!! appeared first on BACA VIRAL.
Post a Comment